Jangan meludah ke langit!
Ada penulis menasihati Khairy Jamaluddin supaya jangan meludah ke langit. Saya rasa nasihat itu agak tepat, terutamanya memandangkan kerajaan Malaysia, pada seawal 1989 lagi, telah mengambil pendirian mengaku sumbangan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan kemerdekaan, seperti yang didedahkan oleh Chin Peng dalam bukunya alias Chin Peng, My Side of History , saya petik:
"As it transpired, one of the most important issues for us centred on whether the Malaysian government would recognise the CPM's role in accelerating the independence process leading to merdeka. Would Britain have granted independence to Malaya as early as 1957 had the military activities of our guerrillas not been a factor in the equation? This was explored at length during the private negotiating sessions. Finally, Rahim Noor, speaking in the Malay language from notes in a fully recorded meeting, made the annoucement that Malaysia did not deny or dispute the CPM's contribution to the struggle for independence. As to the extent of this contribution, he went on, there was no need to argue the matter in this forum. It should rightly be an issue left for historians." (p.490, alias Chin Peng, My Side of History)
Menurut petikan tersebut, yang jika saya tidak silap, tidak pernah dinafikan oleh kerajaan Malaysia hingga sekarang. Nyata sekali Datuk (sekarang Tan Sri) Rahim Noor, Ketua Polis Negara yang mengetuai delegasi rundingan damai dengan PKM pada 1989, telah secara rasmi membuat pengumuman bahawa Malaysia tidak menafi atau mempertikaikan sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan.
Jika kerajaan Malaysia tidak menafi atau mempertikaikannya seperti yang diumumkan secara rasmi oleh Rahim, maka apa salahnya bagi Setiausaha Biro Antarabangsa DAP, Ronnie Liu, yang hanya mengulangi pendirian kerajaan Malaysia itu?
Rasanya, apa yang Khairy patut buat, bukan mencabar Kit Siang atau sesiapa sahaja, tetapi sebaliknya, jika khairy tidak dapat menerimanya, maka dia sepatutnya mencabar kerajaan Malaysia untuk berdebat sama ada pendirian yang diumumkan oleh Rahim Noor itu, masih merupakan pendirian kerajaan Malaysia sekarang.

Namun, sesiapa sahaja yang tidak buta sejarah Malaya/Malaysia, khasnya sejarah perjuangan kemerdekaan Malaya; atau yang tidak anti-komunis dan anti-Nasionalis Melayu sayap kiri secara membuta babi; atau yang tidak mengikut telunjuk Pemuda Umno untuk memonopoli hak interpretasi sejarah mengikut kepentingan Umno; atau bukan ahli-ahli sejarah pseudo/kepura-puraan yang sudi memainkan peranan apologis kuasa pemerintah; mereka tentu tidak dapat menafi atau mempertikaikan tentang:
Sumbangan PKM dalam perang anti-Jepun dan perang anti-penjajah British, dan sumbangan parti itu dalam proses perjuangan kemerdekaan negara dengan pengorbanan kebebasan (kerana dipenjarakan), darah dan nyawa;
Sumbangan Nasionalis Melayu sayap kiri, terutamanya Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta sayap-sayapnya, termasuk Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani SeMalaya (BATAS), dan Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA), dalam proses perjuangan kemerdekaan, juga dengan pengorbanan kebebasan, darah dan nyawa.
Hadi turut pertikai
Jika ada yang masih ragu-ragu tentang sumbangan PKM dan Nasionalis Melayu sayap kiri dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita, maka sila bacalah memoir politik atau buku-buku Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad, A Samad Ismail, Abdullah CD, Suriani Abdullah, Rashid Maidin, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Abdul Majid Salleh dan sebagainya.
Khairy marah kerana Ronnie mengatakan pemimpin-pemimpin Umno pasca merdeka, termasuk keempat-empat Perdana Menteri sebelum ini Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah para pegawai kanan penjajah British.
Namun, bukankah apa yang Ronnie sebutkan itu benar? Sebab memang tidak dapat dinafikan, bahawa jika dibandingkan dengan mereka yang mengorbankan kebebasan, darah dan nyawa demi memperjuangkan kemerdekaan negara kita, sumbangan pemimpin-pemimpin Umno tersebut memang sukar hendak diagung-agungkan secara melampau.
Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih awal daripada Ronnie telah menganggap pemimpin-pemimpin Umno terdahulu bukan pejuang kemerdekaan sebenar. Kenyataan Hadi berbunyi:"Kebanyakan pemimpin Umno era merdeka adalah pegawai atau kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan Inggeris pada masa itu."
Yang lebih penting lagi, tidakkah kita patut berlaku adil kepada Ronnie kerana tidak sepertimana yang didakwa oleh Khairy dia tidak pernah mempertikaikan kedudukan Tunku Abdul Rahman sebagai "Bapa Kemerdekaan" negara dalam artikelnya itu.
Di samping itu, hujah 'pakar-pakar' sejarah kita seperti Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim dan Datuk Ramlah Adam adalah tidak begitu pakar jika dirujuk kepada hakikat sejarah.
Umpamanya, Prof Khoo berpendapat, matlamat PKM bukan mahu mewujudkan sebuah negara merdeka tetapi mengusir penjajah dan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis. Manakala Ramlah pula mengatakan PKMM yang berhaluan kiri sebenarnya tidak memperjuangkan Tanah Melayu merdeka, sebaliknya bekerjasama dengan PKM.
Perlembagaan Rakyat
Benarkah PKM ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis? Menurut " The People's Constitutional Proposals for Malaya " yang didraf oleh PUTERA AMCJA (1), PKM telah menyokong 10 perkara cadangan Perlembagaan Rakyat seperti berikut:
1. Singapura disatukan dengan Malaya.
2. Sebuah kerajaan pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih.
3. Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa yang sebenar, bertanggungjawab kepada rakyat melalui Majlis Mesyuarat.
4. Satu perlembagaan baru bagi Malaya menyediakan keistimewaan tertentu bagi kemajuan orang Melayu dari segi politik dan ekonomi.
5. Adat istiadat Melayu dan agama Islam dikawal sepenuhnya oleh orang Melayu melalui majlis khas.
6. Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaannya tanpa berbelah-bagi.
7. Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa rasmi bagi Malaya.
8. Pertahanan dan hal-ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Malaya dan kerajaan British.
9. Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu.
10. Merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Malaya.
Adakah cadangan Perlembagaan Rakyat seperti yang disebut di atas menyerupai apa yang dinamakan "negara komunis" seperti dakwaan Prof Khoo?
Dan siapa pula berani mengatakan cadangan Perlembagaan Rakyat itu bukan memperjuangkan Tanah Melayu merdeka, seperti dakwaan Ramlah yang sudahpun membuat kajian tentang perkara tersebut dalam Biografi Ahmad Boestamam yang dieditnya?
Jika pemimpin Umno boleh bekerjasama dengan kerajaan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan negara, apa salahnya PKMM bekerjasama dengan PKM, yang telah membuktikan patriotismenya dalam perang anti-Jepun dan anti-British, untuk memperjuangkan kemerdekaan negara kita?
Akhirnya, saya hairan kenapa Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh menolak cadangan Ronnie untuk berdebat dengan Khairy secara terbuka dan matang, dengan alasan: "Apa logiknya sehingga memerlukan satu debat. Saya tidak akan tunduk serendah itu dan akan mencadangkan kepada Khairy Jamaluddin, supaya tidak turut berbuat demikian."
Maknanya, Ronnie tidak layak untuk berdebat dengan pemimpin Pemuda Umno yang "amat tinggi" (tidak tunduk serendah itu) kedudukannya. Dan Ronnie tiada pilihan lain, melainkan kena memohon maaf, keluarkan artikel tersebut dari lamangweb DAP, dan dikenakan tindakan disiplin oleh DAP, seperti yang didesak oleh Pemuda Umno.
Saya merasa ragu: di zaman apakah kita hidup sekarang? Dan ke manakah Pemuda Umno cuba membawa kita dengan pemikiran yang begitu kusut dan kolot sekali?
Nota:
(1) PUTERA adalah ringkasan bagi Pusat Tenaga Rakyat yang mewakili kira-kira 150,000 ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkat Pemuda Insaf (API) , Kesatuan Tani, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan 80 lagi pertubuhan lebih kecil yang lain telah ditubuhkan pada 22 Februari 1947. Manakala AMCJA adalah ringkasan bagi All-Malaya Council of Joint Action, suatu gabungan yang mewakili kira-kira 400,000 ahli parti-parti politik, kesatuan pekerja, persatuan wanita dan organisasi pemuda semua kaum dan kelas, yang ditubuhkan pada 22 Desember 1946.
Report this comment

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.