Belanjawan Negara 2006 akan dimumkan Jumaat ini. Ada pemimpin kita membayangkan ia adalah satu belanjawan mesra rakyat. Mesra rakyat itu satu ungkapan yang sangat indah dan romantis. Namun adakah pakej bajet yang akan diumumkan nanti benar-benar penyayang?
Dalam keadaan ekonomi negara dan dunia dilanda taufan " Tsunami, Katrina dan Rita " sekarang hingga menyebabkan harga minyak mentah naik mendadak apakah yang boleh kita harapkan dari bajet 2006?
Adakah kita akan dihidangkan dengan satu belanjawan yang dapat mengawal kenaikan harga barang keperluan? Dapatkah pakej insentif termasuk langkah-langkah percukaian baru mengawal inflasi? Atau mungkinkah rakyat akan hanya diberikan harapan kosong ditawarkan pelbagai potongan cukai dan diberi bonus dan kenaikan gaji (bagi kakitangan awam), namun pada masa yang sama, harga barangan dan perkhidmatan terus naik?
