Yang bersih dan yang kudus
Ada satu perniagaan yang dijamin membawa pulangan yang cukup lumayan. Perniagaan yang saya maksudkan ini lebih awal dari bisnes dadah dari Colombia atau bisnes kereta kebal dari Poland. Perniagaan ini telah wujud hampir 2,000 tahun. Perniagaan yang saya maksudkan ini ialah berniaga menjual agama.
Jangan tersilap anggap, apabila saya menulis tentang perniagaan agama, ini bukan bermakna semua yang bersangkutan dengan agama itu salah. Bukan ini maksud saya. Biar saya bersurah di sini. Ini kisah lama. Kisah yang telah berlaku hampir 40 tahun dahulu. Kisah ini terjadi di perhentian bas Seremban stesen bas lama dan sudah tidak wujud lagi.
Insan yang membukakan surah ini kepada saya ialah ayah saya sendiri. Ayah saya selalu menggunakan perhentian bas ini apabila hendak pulang ke Jelebu. Jadi ayah saya telah mengenali watak yang selalu berkeliaran di stesen bas ini.
Satu ketika, semasa saya bersama arwah emak saya ke Seremban, ayah menunjukkan kepada saya seorang insan yang berbaju Melayu, berkain pelekat dan memakai songkok. Insan berwatak 'warak' ini akan memerhatikan 'muka-muka baru' yang menggunakan perhentian bas ini.
Ada satu perniagaan yang dijamin membawa pulangan yang cukup lumayan. Perniagaan yang saya maksudkan ini lebih awal dari bisnes dadah dari Colombia atau bisnes kereta kebal dari Poland. Perniagaan ini telah wujud hampir 2,000 tahun. Perniagaan yang saya maksudkan ini ialah berniaga menjual agama.
Jangan tersilap anggap, apabila saya menulis tentang perniagaan agama, ini bukan bermakna semua yang bersangkutan dengan agama itu salah. Bukan ini maksud saya. Biar saya bersurah di sini. Ini kisah lama. Kisah yang telah berlaku hampir 40 tahun dahulu. Kisah ini terjadi di perhentian bas Seremban stesen bas lama dan sudah tidak wujud lagi.
Insan yang membukakan surah ini kepada saya ialah ayah saya sendiri. Ayah saya selalu menggunakan perhentian bas ini apabila hendak pulang ke Jelebu. Jadi ayah saya telah mengenali watak yang selalu berkeliaran di stesen bas ini.
Satu ketika, semasa saya bersama arwah emak saya ke Seremban, ayah menunjukkan kepada saya seorang insan yang berbaju Melayu, berkain pelekat dan memakai songkok. Insan berwatak 'warak' ini akan memerhatikan 'muka-muka baru' yang menggunakan perhentian bas ini.
Bila ada sahaja kelihatan muka baru, maka insan ini akan datang untuk menjual risalah kecil dalam tulisan Jawi yang berselang-seli dengan bahasa Arab dan ayat al-Quran. Pada hari ini saya anggap risalah stensil itu bukan terjatuh dalam genre kitab, walaupun si Mamat di stesen bas Seremban ini mempropagandakan sebagai kitab agama.
Melalui penjualan 'kitab agama' pada harga 20 atau 30 sen senaskhah, ianya dilihat sebagai cara terbaik dan tersenang untuk mendapatkan duit tanpa turun ke sawah, ke laut atau memotong getah. Bagi saya, yang pada ketika itu baru berumur 8 tahun, apa yang ditunjukkan ayah itu adalah pengenalan awal untuk memahami bagaimana perniagaan agama boleh dijalankan. Menjual agama ini, bukan hanya agama Islam. Agama apa sahaja pun boleh dijual. Pertama, para bakal pembeli barang jualan kita perlu di takut-takutkan.
Pelangsing tubuh
Menakut-nakutkan bakal pembeli adalah iklan awal. Seperti mengiklankan pil melangsingkan badan untuk perempuan. Iklan melangsingkan badan juga bergerak di landasan takut. Tunjukkan gambar perempuan obes. Kemudian tunjukkan gambar perempuan yang langsing dan cantik. Pasti banyak orang perempuan yang akan merasa takut kerana dilihat tidak cun dan tidak bergetah.
Mereka ini akan menjadi resah. Untuk mententeramkan keresahan ini, maka si perempuan perlu membeli pil melangsingkan badan. Menjual agama juga bergerak di landasan yang sama. Bakal pembeli telah ditakut-takutkan dengan halal/haram. Yang itu tidak boleh. Yang ini was-was pembuatannya.Benda yang ini ada campuran getah yang tidak suci.Yang ini pula ada lemak tidak halal. Seribu satu macam pantang larang.
Akhirnya apabila bakal pembeli terbaca, terdengar atau terlihat iklan-iklan ini, mereka akan menjadi resah gelisah. Saat ini adalah ketika yang paling baik untuk menjual agama kepada mereka. Mereka perlu agama untuk mensuci dan menenteramkan kegelisahan itu. Begitu senang sekali menjual agama.
Hari ini saya perhatikan, penjualan agama ini telah sampai ke satu tahap yang amat memualkan, tetapi masih belum sampai ke tahap menjual agama seperti yang sedang berlaku di Amerika Syarikat. Di Amerika, orang tua yang hidup bersendirian sering dijadikan mangsa atau menjadi pembeli saham agama terbanyak.
Ciri-ciri menjual agama di kaca tv kita telah mula kelihatan bibit-bibitnya. Ketika ini, ianya masih berselindung di sebalik tabir motivasi. Tetapi hakikatnya ialah untuk menimbulkan keresahan. Ini belum memualkan lagi. Dalam negara kita , menjua-l agama belum sampai ke tahap di mana stesen TV meminta penonton menghantar SMS sebanyak mungkin untuk memastikan tiket ke syurga.
Untuk saya satu lagi genre menjual agama yang memualkan ini sedang berlaku di restoran yang dimiliki oleh orang yang mengakui menganut agama Islam. Kisahnya jual agama hari ini tidak begitu jauh dari apa yang pernah saya lihat di stesen bas Seremban, 40 tahun dahulu. Modus operandi hari ini agak licik sedikit.
Di restoran-restoran yang dimaksudkan ini, kita akan ternampak banyak ayat-ayat al-Quran yang telah dibingkaikan di dalam kaca untuk diletakkan di dinding restoran. Dari sehari ke sehari saya perhatikan bingkai-bingkai yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan Jawi ini semakin membesar. Ianya semakin banyak tergantung di dalam restoran-restoran Islam berjenis ini.
Saya terfikir seolah-olah telah wujud satu musabaqah/pertandingan di antara tuan-tuan empunya restoran ini. Bingkai dari restoran mana yang paling besar. Atau restoran Islam wilayah mana yang paling banyak menayangkan ayat-ayat suci dari al-Quran.
Ini bukan saya buat-buat kerana saya pernah masuk ke sebuah restoran di Utara di mana bingkai-bingkai ini terpampang memenuhi dinding sehingga tidak kelihatan lagi dinding restoran. Ada bingkai ayat suci di atas tempat makanan. Di belakang meja tempat membayar. Di pintu masuk, di atas peti sejuk. Di tepi meja rokok. Bingkai-bingkai bertulisan Jawi ini hanya tidak wujud di pintu bilikair.
Malah, saya pernah sampai ke sebuah restoran, juga di Utara, di mana saya rasakan seolah-olah diri saya telah tersesat. Tersesat yang dimaksudkan kerana saya datang ke restoran untuk memakan roti canai bukan hendak ke masjid. Begitu banyak sekali bingkai-bingkai kaca yang berisi ayat suci ini sehingga ianya mengalahkan hiasan ayat al-Quran di masjid-masjid dalam negara kita ini.
Bingkai agama
Bagi saya apa yang telah saya lihat ini adalah proses menjual agama. Dari tanda dan makna yang saya baca, tuan empunya restoran ingin memberi tahu kepada para pelanggan bahawa restoran ini dimiliki oleh penganut beragama Islam. Ayat-ayat suci yang di dalam bingkai itu adalah buktinya.
Ayat-ayat ini juga adalah pengucapan untuk memberi tahu bahawa di restoran ini hanya makanan halal sahaja yang dijual. Saya memahami tanda dan makna ini. Tetapi ada satu perkara lagi yang tuan empunya restoran ini gagal memahami. Perkara ini ialah kebersihan yang amat penting dalam hal makanan. Sebenarnya semua agama dalam dunia ini menuntut umat/penganutnya untuk menjadi suci dan bersih.
Kebersihan itu adalah agama. Agama Islam amat jelas menuntut agar penganutnya menjadi bersih rohani dan jasmani. Untuk saya memperagakan ayat-ayat suci bukan satu jaminan yang makanan itu bersih. Kalau tidak percaya apa yang saya nyatakan ini sila lawati restoran-restoran ini. Perhatikan berapa jauh jarak wilayah tandasnya dengan tempat memasak. Berapa luas kawasan tandasnya. Kawasan tandas dikecilkan kerana jika luas nanti akan rugi ruang untuk meletakan kerusi meja.
Tentang hal tandas, saya rasa tidak perlu saya bercerita. Ini pasti memualkan. Tentang hal dapur pula, saya tidak pernah ternampak atau terlihat. Hanya Yang Maha Esa dan majlis bandaran sahaja yang dapat mengetahuinya.
Jikalau kurang yakin lagi, sila melawat ke bahagian belakang restoran-restoran ini. Para pelanggan akan mati terperanjat kerana longgokan sampah di belakang restoran-restoran ini adalah tempat tikus besar sedang berpesta. Sesekali ada juga sang lipas merayap di kaki meja mungkin lipas-lipas ini sedang mencari kitab-kitab lama untuk di makan.
Pakaian pekerja di restoran-restoran ini, saya akui amat bergemerlapan. Ada pula yang memakai kopiah bendera Malaysia. Ini menandakan mereka bukan sahaja beragama Islam tetapi mereka juga rakyat yang patriotik.
Akhir-akhir ini saya perhatikan seperti ada pertandingan untuk memakai pakaian seragam di setiap restoran ini. Memang betul ada pakaian seragam tetapi kenapa sehingga ke hari ini saya belum bertemu satu pun restoran jenis Islam ini yang pelayan dan para pekerjanya memakai seragam putih.
Pakaian seragam
Mungkin pakaian putih tidak ada tertulis dalam ayat-ayat suci yang mereka baca. Atau dengan pakaian berwarna-warn,i pastilah kuah kari dan tumpahan kuah air kunyit akan mengindahkan lagi warna-warna baju dan seluar.
Saya yakin di sini ayat-ayat suci hanya digunakan sebagai perhiasan. Malah ayat-ayat al-Quran ini dijadikan bahan iklan perniagaan. Bagi saya di sinilah kejulingan pentafsiran tentang peranan kitab suci al-Quran. Tulisan-tulisan dari buku ini sepatutnya tidak dijadikan bahan hiasan atau iklan tetapi untuk dijadikan panduan dalam hal kebersihan.
Bila bercakap tentang hal restoran bersih ini maka saya terpaksa membandingkan pula dengan restoran-restoran yang di miliki oleh insan-insan yang tidak pernah membaca al-Quran. Di Jalan Talawi, Bangsar ada banyak restoran berjenis ini. Tetapi dari segi kebersihan restoran ini cukup terjamin.
Para pelayannya sentiasa berbaju putih bercelana hitam. Tukang masak pula memakai pakaian seragam putih. Tandas restoran ini cukup bersih, sebersih ruang tamu di banglo Bukit Tengku, malah adakalanya lebih bersih dari tandas masjid.
Inilah paradoks yang ingin saya timbulkan. Restoran yang tuan empunya tidak memaparkan ayat-ayat al-Quran kelihatan cukup teratur. Apa yang hendak kita makan terjamin bersih tanpa was- was. Manakala restoran yang dipenuhi ayat-ayat al-Quran, kebersihan masih boleh disangsikan.
Apabila pembaca pergi memakan roti canai ke restoran Islam berjenis ini sila tanyakan dengan para pelayan apa makna ayat-ayat suci yang terpampang di dinding itu. Apa tujuan ianya dipaparkan? Kemudian tanyakan pula bila kali terakhir pakaian yang dipakai itu di dobi atau di seterika.
Bagi saya tujuannya cukup jelas mereka sedang menjual agama. Ayat-ayat tulisan Jawi dalam bingkai kaca itu telah berjaya menenteramkan para pelanggan yang selama ini ditakut-takutkan dengan perkara halal-haram.
Penganut Islam jenis ini tidak memahami bahawa tidak bersih itu juga haram untuk dijual kepada orang ramai.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.