Most Read
Most Commented
Read more like this

Ketika saya menulis ini, tentera Zionis Israel sedang menyerang Lebanon. Serangan ini akan memasuki minggu ketiga. Dunia difahamkan, Israel telah melancarkan serangan ini kerana dua orang soldadu mereka telah diculik. Ini sebenarnya tidak betul. Apa yang telah berlaku ialah satu pasukan soldadu Israel telah menceroboh masuk ke kawasan selatan Lebanon. Pencerobohan ini telah ditangkis oleh gerila Hizbollah, berlaku pertempuran dan dua soldadu Israel telah ditawan.

Media dan agensi berita antarabangsa pada awalnya telah membuat laporan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi beberapa jam sesudah melaporkan pertempuran ini, berita ini telah diubah. Kini dilaporkan bahawa gerila Hizbollah pula yang telah menceroboh ke dalam wilayah Israel.

Perubahan berita ini terjadi kerana Israel dan Amerika sedang merealisasikan satu pelan induk terhadap Lebanon dan Timur Tengah. Media dan agensi berita yang dimiliki oleh kabal Zionis dan kaum pemodal antarabangsa, kini sedang bersekongkol untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar agenda Amerika/Israel ini dapat dilaksanakan.

Apakah dia agenda ini?

Dalam strategi Israel, Hizbollah sebuah parti politik yang memiliki dua menteri kabinet dalam kerajaan campuran Lebanon, wajib dikembiri. Hizbollah sebuah pertubuhan politik yang mewakili 40 peratus rakyat Lebanon dari mazhab Syiah juga memiliki satu pasukan gerila yang tidak tertakluk di bawah kuasa kerajaan. Kumpulan gerila Hizbollah inilah yang dianggap sebagai satu 'ancaman besar' terhadap rejim Zionis Israel.

Mari kita ingati kembali pada hari kedua sesudah soldadu Israel itu ditawan. Rejim Zionis Israel telah membuat fitnah mengatakan bahawa soldadu yang 'diculik' ini akan dibawa ke Iran. Bayangkan betapa tidak masuk akal tuduhan ini.

Hendak membawa tawanan perang ini ke Iran? Kalau dengan kapal, tawanan ini wajib melintasi terusan Suez. Mengambil jalan darat pasti tidak mungkin. Mungkinkah ada rancangan untuk diterbangkan tawanan ini ke Iran? Hasilnya satu justifikasi untuk Israel mengebom lapangan terbang Beirut.

Ini adalah contoh bagaimana kaum Zionis berfikir dan bagaimana media antarabangsa telah digunakan untuk melaksanakan projek Israel ini. Dalam masa yang sama berita berbentuk sedemikian hanyalah propaganda Zionis dalam usaha untuk mengaitkan Iran dalam konflik ini. Ini bertujuan untuk menyediakan dan mengolah persetujuan rakyat Amerika dan rakyat dunia agar apabila Iran diserang maka semua alasan telah disediakan.

Ramai di antara kita tidak terlatih dalam bidang ketenteraan. Tetapi adalah tidak munasabah untuk menerima hakikat bahawa serangan balas Israel itu hanya datang dengan tiba-tiba sahaja. Kini telah mula terbocor berita bahawa pelan untuk menyerang Lebanon dan Beirut telah di rancangan lima tahun dahulu. Israel hanya menunggu masa dan ketika untuk melancarkannya. Tertawannya dua soldadu itu hanyalah alasan yang terbaik untuk Israel.

Dalam perancangan Israel, perang Timur Tengah ini wajib diperluaskan ke Syria dan juga ke Iran. Dua negara ini telah pun ditakrif sebagai negara 'sarang pengganas' oleh Amerika. Di dalam perhitungan Israel, jika Syria dan Iran dapat dikaitkan dengan Hizbollah maka tidak dapat tidak Amerika akan mempercepatkan lagi serangan ke atas Iran.

Kedua-dua negara ini adalah penyokong Hizbollah. Syria dan Iran bukan sahaja memberi sokongan dana tetapi Hizbollah juga telah diberi kelengkapan persenjataan. Harus juga disedari walau un Hizbollah mendapat sokongan moral dan material dari Syria dan Iran ini tidak semestinya Hizbollah itu akan menjadi 'budak suruhan'.

Jika diperhatikan dengan rapi kelihatan Hizbollah telah bergerak menjalan dasar-dasar yang kadangkala jelas bertentangan dengan kepentingan Syria adan Iran. Menuduh Hizbollah sebagai budak suruhan Syria dan Iran samalah seperti menuduh Hugo Chavez sebagai budak suruhan Cuba.

Kaum Zionis dan Israel telah tidak sabar menunggu kata putus dari Rumah Putih untuk menyerang Iran. Kabal-kabal Zionis yang bersarang di Rumah Putih telah lama mencadangkan agar Iran di serang. Kabal-kabal Zionis dan kumpulan neocon memang telah lama merancang untuk membuka apa yang mereka panggil satu 'suasana baru di Timur Tengah'.

Dengan menjajakan apa yang dipanggil era baru ' pembangunan demokrasi', kabal Zionis dan neocon ini berharap tidak akan wujud satu kuasa yang berkemungkinan dapat menandingi atau mengancam Israel.

Hegomoni Israel

Era baru di Timur Tengah ini bertujuan menundukkan semua negara atau kumpulan-kumpulan yang berpotensi untuk bangun menentang Israel. Strategi dan taktik kaum Zionis ini sebahagiannya telah berjaya apabila Iraq dilumpuhkan, PLO kini hanya tinggal nama, Mesir, Jordan, Saudi Arabia semuanya telah masuk ke dalam poket Amerika.

Apa yang tinggal hanyalah Syria dan Iran masih gah berdiri. Jika Syria dan Iran dapat ditundukkan,ka hegemoni Israel terhadap negara-negara Arab di Timur Tengah akan dapat dilaksanakan. Jangka panjang strategi ini akan boleh membantu Amerika Syarikat untuk menjadi kuasa hegemoni unggul di mana

Rusia dan China juga akan dapat ditundukkan sama. Jika ini berlaku maka lahirlah satu kuasa uni polar yang amat diidam-idamkan oleh kaum Zionis dan kumpulan neocon.

Pada ketika ini kepentingan kaum Zionis antarabangsa dan kepentingan kaum pemodal multinasional adalah satu. Apa yang termimpi-mimpi oleh kaum Zionis ialah sebuah negara Israel tanpa sempadan di mana negara-negara Arab dan di sekitarnya menjadi negara satelit. Negara satelit ini akan menyumbang

tenaga buruh murah kepada kilang-kilang Israel. Warga di negara satelit ini juga akan menjadi konsumer/pembeli untuk produk/barangan keluaran Israel.

Manakala untuk kuasa uni polar Amerika Syarikat pula, para kaum pemodal antarabangsa dan syarikat minyak multinasional akan memiliki kesemua loji dan telaga minyak dan gas dari Laut Capsian, Tanah

Semenanjung Arab, Afghanistan, Iran dan negara kawasan bekassatelit USSR. Jika telaga-telaga minyak dan gas ini telah dimiliki atau jatuh ke dalam kawalan Amerika, ini bermakna semua negara dan anak

semua bangsa akan tunduk menyembah Rumah Putih tanpa mengira agama dan kepercayaan.

Sayangnya kaum Zionis, kaum pemodal multinasional tidak membaca al-Quran, Bhagavad Gita, Injil, Marx, Lenin dan Mao, Castro dan Geuvera. Semua kitab-kitab ini dan tulisan-tulisan dari pemikir agung ini, telah ada menunjukkan hukum alam bahawa jika ada penindasan pasti akan ada perlawanan. Hukum alam ini juga menunjukkan sejauh mana penindasan dilakukan maka sebanyak itu juga perlawanan akan datang.

Memang betul, Israel dan kaum Zionis telah berjaya mematahkan dan merasuah pucuk pimpinan PLO dan pasukan gerila Fatah. Hasil pembelotan Fatah dan PLO ini, akhirnya mereka ditolak oleh rakyat Palestin. Apa yang lahir ialah Hamas sebuah organisasi politik rakyat Palestin yang mengajukan garis politik untuk terus mengangkat senjata menentang Zionis Israel.

Organisasi lebih tersusun

Pada tahun 1982 Israel telah menghancurkan setia kawan rakyat Palestin dengan rakyat Lebanon. PLO dan kumpulan gerila Palestin telah disingkirkan dari bumi Lebanon. Ada kumpulan rakyat Lebonan yang di rasuah untuk menyebelahi Israel. Tetapi lihat apa yang muncul Hizbollah satu lagi organisasi yang lebih tersusun dari segi taktik dan strategi untuk bangun melawan kaum Zionis Israel.

Hamas dan Hizbollah pada masa ini ilah dua contoh organisasi massa yang sedang menggunakan Parlimen dan dalam masa yang sama mengangkat senjata. Mereka pasti telah mengkaji segala bentuk teori dan pengalaman perang gerila dari Geuvarist, dari Vietnam dan dari Mao. M ereka juga pasti telah memperbaiki taktik dan strategi PLO yang lama untuk menyesuaikan diri dalam politik hari ini.

Serangan yang berterusan ke atas Beirut dan Lebanon dengan tujuan untuk mencabut akar umbi dan pengaruh Hizbollah kelihatan menemui kegagalan. Kaum Zionis Israel juga akan gagal untuk menumpaskan Hamas dan kumpuan kumpulan gerila Palestin yang lain yang masih setia terhadap konsep Parlimen dan perjuangan bersenjata.

Justeru, ua perkara akan berlaku di Lebanon. Pertama, Israel akan mengundur diri kerana telah terlalu ramai soldadu dan rakyatnya tewas. Jika ini berlaku maka Hizbollah akan menjadi contoh sebagai satu pasukan gerila politik yang unggul bukan hanya untuk rakyat Arab, tetapi untuk semua rakyat tertindas. Kedua, perang ini akan merebak ke Syria dan Iran. Jika ini berlaku maka bersedialah kerana harga minyak akan melambung tinggi.

Pada ketika ini kaum Zionis, kaum pemodal dan para neocon sedang memerhatikan apa yang sedang berlaku di Lebanon. Dalam perkiraan mereka tidak dipedulikan kehancuran kota Beirut atau kemusnahan Lebanon atau kesengsaraan warga Arab mereka sedang menghitung untung rugi pelaburan mereka. Mereka sedang merancang bagaimana cara terbaik untuk memiliki dan mengawal semua telaga-telaga minyak yang bersepah-sepah di wilayah ini.

Kita walaupun jauh dari wilayah ini wajib berwaspada kerana rintik-rintik kemungkinan Amerika Syarikat meledakkan bom nuklear terhadap Iran, semakin dekat. Jika ini berlaku maka satu perkembangan baru akan timbul, bukan hanya di Timur Tengah atau hanya di kalangan negara-negara yang penduduknya beragama Islam, tetapi di seluruh dunia.

Marx, Lenin dan Mao telah menunjukkan dengan tepat selagi kaum Zionis dan kaum pemodal antarabangsa wujud manusia dalam dunia ini akan diancam dengan perang.

Perang bererti keuntungan untuk kaum kapitalis dan kaum pemodal!

ADS