Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, satu gelombang menuntut kemerdekaan oleh tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Selatan telah terbentuk. Rakyat negara kita juga tidak terkecuali daripada kesan gelombang tersebut.
Dalam tahun 1947, di arena antarabangsa, dua persidangan penting Persidangan Parti-Parti Komunis Komanwel (PPKK) dan Persidangan Afro-Asia (PAA) telah diadakan, masing-masing di London dan New Delhi.
PKM telah menghantar tiga orang wakil Rashid Maidin, Wu Tien Wang dan Balan sebagai simbol tiga kaum terbesar di Malaya untuk menghadiri PPKK. Dalam perjalanan Ke London, Pak Rashid teringat kata-kata Raffles dulu: Di mana-mana sahaja awak pergi, akan ada sahabat kita kalau kita berada di dalam perjuangan yang agung ini!
Beliau amat terharu tentang betapa raksasa dan mulianya sahabat-sahabat dari pelbagai negara itu, walaupun tidak pernah bersua muka sebelumnya, tapi sudah nyata sehati sejiwa melalui jaringan semangat internasionalisme.
Not a Subscriber?, not just to read the news, but to support Independent Media that gives you accurate, balanced and fast news coverage. Build your own opinion on political developments!
Its easily done via email or over the phone.
Call us 03-22843367 (ext 102),
Send us an sms on 017-323 0707
Email us at
