Most Read
Most Commented
Read more like this

Saya menjadi bengang apabila saya terbaca berita-berita tentang bagaimana bahasa Melayu, bahasa ayah bonda saya tercemar. Kemarahan saya meluap-luap. Mula-mula saya ingin menjeritjerit untuk melaungkan jihad bahasa. Tetapi sayang sekali suara saya gagal keluar kerana kerongkong saya sedang dipenuhi oleh jerebu.

Kemarahan saya tidak pernah mengendur. Kemelayuan saya tercabar. Lalu saya terfikir apakah cara yang terbaik untuk saya membuktikan cinta suci saya terhadap bahasa Melayu. Fikir punya fikir, maka, saya berpendapat adalah lebih baik saya melakukan sesuatu yang positif terhadap bahasa saya.

Saya ingin memperkayakan perbendaharaan kata-kata bahasa ayahanda saya, bukan bahasa ibuanda saya kerana ibu saya telah menjadi arwah. Saya ingin mengikuti jejak langkah Tuan Raffles dan Tuan R.O Winstead yang telah bertungkus lumus mengumpul dan memperkayakan bahasa ayahanda saya.

Saya tidak mahu menjadi Melayu Tunggul. Melayu Tunggul adalah satu konsep di mana si Melayu ini memiliki jati diri Melayu yang cukup tegal. Tetapi dia hanya menunggul tanpa cuba menaikan 'me' yang telah lama layu. Saya juga tidak ingin menjadi Melayu Glokal. Insan Melayu Glokal ini ialah manusia pandai bercakap berdegar-degar tetapi tangan di bawah meja suka mengambil komisen dari askar.

Cara yang ingin saya lakukan untuk memperkayakan perbendaharaan bahasa ayahanda saya ialah dengan mengumpulkan perkataan-perkataan baru yang sering dipergunakan oleh media massa kita. Perkataan ini ada yang berasal dari nama atau gantinama yang telah dipakai berulang-ulang kali sehinggakan ada yang boleh menjadi kata sifat, ada yang menjadi konsep dan ada yang menjadi kata perbuatan.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS