Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
Columns

Beberapa bulan dahulu, terbaca dalam blog seorang kawan saya bahawa dalam buku Local and Global: Social Transformation in Southeast Asia , penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005 termuat sebuah esei K.S. Jomo yang bertajuk Islam, Socialism and Marxism: Clarifying Incompatibilities (ms. 71-80).

Selain membuat ulasan buku Prof Syed Hussein Alatas, penerbitan 1976 yang bertajuk Islam dan Sosialisme , resensi Kassim Ahmad terhadap buku saya Introduksi kepada Ilmu Falsafah1975 juga diulas bersama, sama ada atau tidak, Islam dan sosialisme serasi (compatible) dengan Marxisme.

Bukan tujuan saya di sini untuk membincang kandungan esei K.S.Jomo. Saya hanya ingin mendedahkan bahawa saya pernah menjawab resensi Kassim Ahmad selepas resensi itu disiarkan. Tapi jawapan itu tidak dihantar kepada Majalah Dewan Bahasa atas nasihat beberapa orang kawan saya masa itu.

Menurut mereka, jika jawapan saya itu disiarkan, besar kemungkinan ia akan menimbulkan suatu perdebatan falsafah, dan rasanya amatlah sukar bagi saya menghadapi serangan-serangan daripada mereka yang memusuhi falsafah Marxis/materialisme dialektika pada masa itu, terutamanya dari pihak kerajaan. Kami khuatir juga, jangan-jangan sampai buku itu diharamkan nanti.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS