Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kolum

Suruhanjaya siasatan diraja klip video Lingam yang diketuai oleh Haidar Mohamed Noor (bekas Hakim Besar Malaya), dan dianggotai oleh Steve Shim Lip Keong (bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak), Zaitun Zawiyah Puteh (bekas Peguamcara Negara), Mahadev Shankar (bekas Hakim Mahkamah Rayuan ) dan Dr Khoo Kay Kim (pakar sejarah dan pesuruhjaya Suhakam) memulai prosidingnya pada 14 Januari 2008 sebagai peristiwa penting berkaitan dengan prospek kedaulatan dalam badan kehakiman di negara kita.

Namun kesal sekali, permulaan prosidingnya telah dicemari dengan kesangsian suruhanjaya itu mungkin tidak dapat menyempurnakan tugasnya secara bebas dan adil kerana tiga orang anggotanya, iaitu Haidar, Shim dan Zaitun enggan menarik diri sungguhpun mereka dimohon berbuat demikian oleh peguam M Puravelan yang mewakili Anwar Ibrahim, R Sivarasa dan Sim Tze Tzin kerana keanggotaan mereka dalam suruhanjaya terbabit telah menimbulkan persepsi percanggahan kepentingan.

Kerana menurut Puravelan, Haidar adalah anggota lembaga amanah Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dan beliau rapat dengan Tun dan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, seorang lagi anggota lembaga PLF yang namanya juga disebut dalam klip video terbabit, dan Tun dan Tan kedua-duanya adalah saksi dalam prosiding nanti.

Dibangkitkan Puravelan bahawa Haidar dan Shim adalah hakim dalam kes saman fitnah Raphael Pura di mana dakwaan rasuah dalam badan kehakiman telah diputuskan sebagai tidak relevan, dan Haidar dan Shim juga pernah menganggotai panel hakim yang mendengar kes kontroversi yang membabitkan Lingam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS