Most Read
Most Commented
Read more like this

Pada Zaman Perang (403 BM - 521 BM) di Negeri China, terdapat seorang ahli falsafah idealis yang tersohor bernama Zhuangzi (369 BM - 286 BM). Suatu hari beliau bermimpi menjadi seekor kupu-kupu yang lega dengan kebebasannya.

Bila terkejut dari mimpi, Zhuangzi pun berfalsafah: “Entah Zhuangzi yang menjelma menjadi kupu-kupu, atau sebaliknya kupu-kupu yang menjelma menjadi Zhuangzi ?” Demikianlah cerita Zhuangzi dan kupu-kupu, yang mengisahkan bagaimana Zhuangzi telah ‘terkeliru’ antara ‘mimpi’ dengan ‘kenyataan’!

Berbanding dengan Zhuangzi, VK Lingam negara kita lagi ‘hebat’, entah ‘hilang akal atau mabuk’ (perkataan Tengku Adnan), dalam prosiding siasatan suruhanjaya diraja, beliau tidak mampu memastikan sama ada orang yang berbual melalui telefon dalam klip video terbabit adalah beliau atau bukan.

Jawapan Lingam cukup anih sekali: “Nampak macam saya, suara macam saya”, tetapi tidak dapat memastikan orang itu adalah dia. Beliau malah berkeras akan memberi jawapan yang sama walaupun ditanya 100 kali lagi!


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS