Percaya kepada muzik dan 'kuasanya' untuk menyembuhkan.
Justeru Najwa Mahiaddin tampil menawarkan penyembuhan melalui lagu terbarunya, After The Rain.
Lagu dan klip video sepanjang 5.30 minit itu lain memuatkan lirik bermakna. Antara lain liriknya ialah:
We may all fall down
but we all get up
hold your head up Malaysia
after the rain comes the sun
Dalam Facebooknya, Najwa menyatakan harapannya agar lagu berkenaan dapat memberikan "kelegaan dan kekuatan kepada kita semua di waktu mencabar ini".
“I believe in the power of music and its ability to heal. May this song provide comfort and strength to us all in these trying times.” We may all fall downBut we all get upHold your head up Malaysia After the rain comes the sun - Najwa Mahiaddin #KeepYourHeadUpMalaysia #AfterTheRain ARTIST: Najwa Mahiaddin Instagram: http://j.mp/NajwaInstaSONGWRITERS: JUNY: http://j.mp/JunyBrosInstagram-@junybrothersRECORDING STUDIO: Maveriq Studios: http://j.mp/MaveriqStudiosPUBLISHER: MVQ MUSIC: http://j.mp/MaveriqDIRECTOR: Director: http://j.mp/HenryOoiPRODUCTION COMPANY: Playhouse: http://j.mp/PlayhousePicturesSOCIAL MEDIA: Mediasaya: http://j.mp/Mediasaya
Posted by Najwa Mahiaddin on Thursday, 6 August 2015
Kenyataan itu dilihat menjadi lebih signifikan apabila mengambil kira Najwa bukanlah datang dari latar keluarga yang biasa.
Najwa adalah anak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lalu.
Malah pada hari Najib mengumumkan keputusannya mengetepikan Muhyiddin, Najwa tampil dengan tweet ringkas: " Allah knows best ".
@najwamahiaddin
biarkan gambar ini berbicara utk seketika..
pic.twitter.com/OgaqO0iR4V
— Farid_Farish (@farid_farish)
July 28, 2015
Kli video terbaru Najwa itu dikongsinya di Facebook malam tadi dan mula menarik perhatian ramai.
Sehingga jam 1.15 pagi tadi klip video dari akaun Facebook Najwa sudah dikongsi lebih 2,500 kali, selain mendapat like sekurang-kurangnya 2,300 orang.
Dapat sambutan
Muhyiddin diketepikan Najib daripada kabinet kerana lantang membangkitkan rasa tidak puas hatinya terhadap cara kerajaan menangani isu 1MDB.
Turut diketepikan ialah salah seorang Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie juga beberapa kali membangkitkan isu sama secara terbuka.
Najib melantik Ahli Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi timbalannya.
Lagu terbaru Najwa itu ternyata disenangi pengikut akaun Facebook beliau dan mereka menyatakan rasa penghargaan terhadap kemunculan karya terbarunya.
After The Rain dicipta oleh Juny dan dirakamkan di Maveriq Studios, manakala pengarah untuk klip video berkenaan ialah Henry Ooi.
Turut dipaparkan adalah hashtag #KeepYourHeadUpMalaysia.
