Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Pelbagai rasa - marah, dendam dan geram - bersatu dalam lagu Dendam Cinta yang dinyanyikan oleh Alyah untuk menjadi runut bunyi filem Jwanita .

Kali pertama menyampaikan lagu untuk filem, Alyah memberitahu, proses rakaman mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan.

Ditemui di Hulu Klang semalam, Alyah berkata, Dendam Cinta dicipta Nurzaidi Abd Rahman.

"Lagu ini perlu melepaskan segala rasa marah, dendam dan geram yang terkandung dalam filem.

"Ia sama sekali bukan menceritakan mengenai diri saya," katanya.

Proses merakam Dendam Cinta bukan mudah bagi pemenang Anugerah Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-21 itu.

Cerita Alyah, perjalanan merakam lagu berkenaan sebenarnya mencabar dan ia perlu dilalui untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Bagi mendapatkan penghayatan, Alyah menonton lakonan Maya Karin dalam Jwanita .

"Hanya selepas itu saya dapat menyampaikan emosi dalam lagu sambil memberikan vokal terbaik untuk Dendam Cinta ," katanya.

Selain itu, Alyah memberitahu, persediaan dari segi mental juga perlu kerana menyanyi bukan setakat melontarkan suara, sebaliknya perlukan gabungan pemikiran.

Jwanita banyak pengajaran. Saya harap lagu ini dapat menyokong filem berkenaan,” katanya.

 

 

 

 

 

#Hiburan Alyah menyanyikan lagu 'Dendam Cinta', lagu tema filem seram terbaru, Jwanita. Baca selanjutnya: http://www.malaysiakini.com/hiburan/309104

Posted by Malaysiakini (BM Version) on Tuesday, August 18, 2015

 

 

 

Lihat Komen
ADS