Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Menantu Datuk K nak hijrah ke Malaysia
Diterbitkan:  Sep 1, 2015 8:12 PM
Dikemaskini: 12:17 PM

Selepas sah menjadi isteri anak Datuk K, pelakon sinetron Indonesia, Tya Ariffin, bercadang berhijrah ke Malaysia namun tidak akan meninggalkan kerjayanya sebagai anak seni jika mempunyai peluang di negara ini.

“Sudah pasti saya ikut suami ke Malaysia dan jika mungkin, saya akan mulakan karier dalam dunia hiburan di sana," katanya.

Tidak cukup dengan itu, Tya juga mungkin tidak menolak jika tawaran berlakon masih diterima dari Indonesia.

"Jika ada tawaran, kenapa tidak?” katanya.

Tya baru-baru ini bertunang dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf.

Majlis pada hujung Ogos lalu itu diadakan secara meriah di Palembang dan dihadiri bapa Asyraf, Datuk Khalid Mohammed Jiwa.

Rancangan untuk pernikahan itu mendapat restu kedua belah pihak.

Biarpun baru genap berusia 21 tahun pada Oktober nanti, gadis itu mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Cari penyelesaian

Menurut bintang Gending Sriwijaya itu, usia muda tidak menghalangnya untuk menjadi isteri.

“Memang bukan niat untuk berkahwin di usia muda, tetapi saya lihat ada niat baik daripada seorang lelaki. Kenapa harus ditolak?” ujarnya.

Malah menurut Tya lagi, kedua orang tuanya amat memahmi malah menyerahkan keputusan itu pada tangannya.

Hey everyone, Hope everyone is doing well. Around 2 weeks ago, my family, flew to Palembang to help me proposed to the girl of my dream. Today, she is my fiance, and soon, she will be my wife, Inshaallah. Yesterday, since it was a public holiday, i had some time to do this video. So i decided to share my moments of happiness. Also, i would like to take this oppurtunity to thank all my family members that wents, Especially, Mama, Ayah, Mak iti, My aunties, Cik Ni, Along, brothers, Anas, Adib and Aazief and our little princess, Eiliyah, all my cousins, Kak Ya, Amy, Elin, Adila, all my other family members for always being there for me, thank you in advance for working hard for my wedding day too. Hehe. I really love, and appreciate every single one of you, and i'm grateful to be surrounded with such beautiful souls. By the way the full video is on Youtube, Just search 'Asyraf and Tya Arifin'.or can search for my youtubr account 'Asyraf Khalid'. @teezac @ctdk @aaziefkhalid @eiliyaherina @adib_khalid @aliaramly @amyzainal @azlinzainal @aliaramly @zettyadilaramly @zainimj

A video posted by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) on

“Orang tua tidak larang. Memang sudah jodoh Tya dengan orang Malaysia. Asyraf itu berfikiran matang,” katanya.

Bagi Tya, perkara utama dalam soal jodoh adalah mempunyai mental dan niat yang baik. Perkara itu diungkapkan kerana sudah lumrah di kalangan selebriti begitu banyak kes perceraian dilaporkan.

Namun, Tya enggan berpandangan negatif.

“Banyak pengalaman bernikah dengan orang muda. Dengan adanya pengalaman orang lain, ia akan dijadikan sandaran dan cari penyelesaiannya,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh pernikahan, Tya kelihatan malu dan enggan memberi jawapan serius.

Tya berharap soal itu akan dipermudahkan malah dipercepatkan tahun ini juga.

“Biar Asyraf yang umumkan. Doakan saja tahun ini,” katanya.

Lihat Komen
ADS