Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Katrina Kaif tuntut hak
Diterbitkan:  Sep 4, 2015 1:55 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Kecenderungan pelakon lelaki mendominasi bayaran filem Bollywood dan sering diberi peranan berulang mendorong Katrina Kaif menggesa pembaharuan dilakukan dalam industri perfileman India.

Katrina berpendapat, perubahan itu diperlukan kerana ketika ini wujud perbezaan bayaran antara pelakon wanita dan lelaki yang dilihatnya amat ketara.

Hal berkenaan membuatkan pelakon berusia 32 tahun itu tampil berkongsi pengalamannya yang terjejas ekoran menerima bayaran lebih rendah.

“Industri masih belum menghasilkan filem yang banyak membuka ruang untuk wanita bersuara bagi menuntut bayaran setimpal.

Faham kalau wajar

"Jika ia boleh dilakukan, golongan ini dapat dibantu mendapatkan sejumlah bayaran pendahuluan yang wajar,” katanya.

Lahir Hong Kong, Katrina berhijrah ke serata negara sebelum menetap di India dan pernah membintangi pelbagai filem bersama aktor popular seperti Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Salman Khan dan Akshay Kumar.

Disebabkan berdarah kacukan Britain - India, Katrina lemah dalam pertuturan Hindi. Hal itu menjejaskan mutu lakonannya, malah sering diberikan peranan yang lebih kurang sama dalam setiap filemnya, iaitu wanita berpendidikan Inggeris atau mempunyai latar belakang Barat.

Bagaimanapun, Katrina mula mendapat pengiktirafan mulai 2009 selepas diberi Pelakon Wanita Terbaik melalui watak Maya filem thriller arahan Kabir Khan, New York.

Filem terbaru lakonan Katrina adalah Phantom dan dia digandingkan dengan Saif Ali Khan.

Phantom diadaptasi daripada novel Mumbai Avengers karya S Hussain Zaidi yang diilhamkan daripada kejadian sebenar insiden pengepungan enam premis di Mumbai oleh militan Lashkar e-Taiba.

Menurut Katrina, pelakon - sama ada lelaki atau perempuan - harus dibayar mengikut peruntukan, bakat, struktur dan persediaan sesebuah filem.

“Jika produser membayar jumlah jauh lebih besar kepada pelakon lelaki yang boleh menjamin pulangan sehingga 90 peratus, itu saya boleh terima, tetapi selain itu bayaran perlu didasarkan kepada bakat dan kemampuan masing-masing," katanya.

Lihat Komen
ADS