Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Doa 54 tahun Iwan Fals: Indonesia teduh, damai
Diterbitkan:  Sep 4, 2015 6:11 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Semalam 3 September maka genaplah 54 tahun usia pemuzik legenda Indonesia, Iwan Fals.

Seperti biasa pelbagai ucapan, hadiah dan doa yang baik-baik diterimanya daripada peminat serta rakan.

Majlis meraikan tarikh itu juga diadakan khusus untuk Iwan Fals dalam suasana sederhana tetapi tetap indah buatnya.

Melalui akaun Twitter, penyanyi Galang Rambu Anarki dan Kumenanti Seorang Kekasih itu menyataka rasa syukur kerana dihargai ramai.

Kesempatan itu juga Iwan Fals mengungkapkan hasratnya sempena hari istimewa itu.

"Terima kasih, semoga menjadikan Indonesia yang teduh dan damai demi esok yang gilang gemilang. Terima kasih," tulis Iwan Fals.

Iwan lahir dan asalnya diberi nama Virgiawan Listanto dan anak pasangan Harsoyo (seorang tentera) dan Lies Suudijah.

Tks Doanya, Semoga Menjadikan Indonesia Yg Teduh & Damai, Demi Esok Yg Gilang Gemilang. Tks <3

— 06092015 (@iwanfals) September 2, 2015

54 angka yg oke tuh sebab 5+4=9 smentara ini bln 9 & 2015 klo dijumlah 2+0+1+5=8 + 1 ya 9 kan 😜 pic.twitter.com/KU1j8uLs3Z

— 06092015 (@iwanfals) September 3, 2015

Ketika baru berusia 13 tahun Iwan menjadi pengamen (pemuzik jalanan) dan sesekali diundang menyanyi di majlis perkahwinan atau keraian lain.

Selepas menamatkan pengajian sekolah menengah di Bandung, Iwan Fals melanjutkan pembelajaran di Sekolah Tinggi Publisistik sebelum menyertai Jakarta Arts Institute.

Majalah Time menyenaraikan Iwan Fals sebagai salah seorang Wira Terhebat Asia pada 2002.

Karya Iwan Fals dianggap berani kerana membawa pelbagai tema isu sosial sambil menyampaikan kritikan pedas terhadap pemerintah.

Dia sempat ditangkap pihak berkuasa di bawah rejim Suharto.

Lihat Komen
ADS