Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mohamed Faliq pengubat duka Erin Malik, Farriz
Diterbitkan:  Oct 2, 2015 7:12 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Walaupun terpaksa menelan kepahitan kerana kehilangan seorang daripada anak kembarnya, pelakon Erin Malik tetap bersyukur kerana selamat melahirkan seorang lagi bayinya itu semalam.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Erin - atau nama sebenarnya Nur’Arina Abdul Malek - menerusi laman akaun Instagramnya.

“Pada 1 Oktober, bersamaan Khamis pukul 9.27 pagi, Alhamdulillah ia menjadi saat paling mengujakan kepada saya dan Fariz.

“Kami ingin memperkenalkan bayi lelaki Mohamed Faliq Mohamed Farriz Fauzi kepada seluruh keluarga,” katanya.

Erin, 21, dan Farriz, 30, melakar hari bersejarah mereka pada 10 Oktober 2014 walaupun sebenarnya tarikh awal yang dirancang adalah pada tahun ini.

Tarikah itu dibawa ke depan selepas kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk mempercepatkan majlis perkahwinan.

'Pulang' di usia 16 minggu

Selepas hampir lima bulan hidup sebagai pasangan suami isteri, pelakon Congkak itu disahkan mengandung bayi kembar.

Bagaimanapun, ketika usia kandungan Erin mencecah 16 minggu, pasangan suami itu terpaksa berlapang dada merelakan pemergian seorang daripada anak kembar itu akibat mengalami lebihan cecair dalam perutnya.

“Mungkin ramai tidak tahu kembar Faliq meninggal dunia pada usia kandungan mencecah 16 minggu.

“Jantungnya terhenti akibat terlebih cecair dan hal itu membuatkan seluruh badannya membengkak,” katanya.

Bagaimanapun, nasib masih memihak kepada Erin apabila dia diberitahu doktor untuk meneruskan kehamilannya yang satu lagi.

Pun begitu, ia mengundang emosi yang ketara kerana sebaik melihat wajah Faliq, naluri keibuannya tersentuh.

“Perasaan itu bercampur-baur kerana apabila melihat Faliq ia mengingatkan segalanya mengenai arwah,” katanya.

Pasti perasaan itu mengundang kesedihan, namun Erin percaya ada hikmah yang tersirat di sebalik ketentuan yang berlaku.

“Saya dan Fariz amat sedih mengenai perkara ini tetapi kami percaya dengan caturan Allah SWT dan anak kembar kami.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih buat anggota keluarga, rakan dan semua orang tidak henti mendoakan dan memberi sokongan," katanya.

Assalamualaikum. 1st October 2015, Thursday, 9.27am Alhamdulillah, it was a very memorable moment for me and Farriz. We would like to introduce and welcome our little prince, Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz to our beautiful family. Many might not know that my other baby twin to Faliq passed away at the age of 16th weeks during my pregnancy. His heart stopped beating due to excessive fluid in the tummy, causing his whole body to swollen. As the doctor adviced us that I still can carry my other baby through my 9 month pregnancy. I have mixed feeling when looking at Faliq because he reminds me of his other half. Farriz and I were really sad about this but we believe Allah have a better plan for us and both of our babies. We would like to extend our gratitude to our family members, friends and all the people for giving their full support and prayers. Thank you.

A photo posted by Mrs. Farriz 🌸 (@erinmalekofficial) on

Lihat Komen
ADS