Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ari Lasso: Tampan tidak, karisma ada
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

Lebih selesa merendah diri dan menganggap dirinya sederhana, penyanyi Ari Lasso 'menepis' pujian peminat.

Reaksi spontan yang mengundang lucu itu berlaku ketika Ari sedang menghiburkan peminatnya di konsert Dua Ruang, di Stadium Senayan Jakarta kelmarin.

Ari mengubati rindu peminat apabila bergandingan dengan Muhammad Tulus Rusydi atau Tulus - penyanyi dan pencipta lagu yang pernah memenangi kategori artis baru terbaik Anugerah Planet Muzik Singapura 2014.

Seusai penonton dibuai oleh alunan lagu dendangan Tulus, Ari pun membuka tirai persembahan dengan Rahsia Perempuan dan Mana Kutahu .

Peminat terpesona

Sebelum menyanyi, Ari sempat menyapa peminatnya sambil memberi kata pujian kepada Tulus.

“Saya gembira sekali berada satu panggung dengan penyanyi terpanas saat ini,” kata Ari merujuk kepada Tulus.

Ari atau nama sebenarnya Bernardus Lasso adalah penyanyi pop terkenal di Indonesia dan pernah menjadi vokalis kumpulan Dewa 19 (1991 hingga 1999).

Namun, Ari dikeluarkan Ahmad Dhani dari kumpulan itu kerana masalah penagihan dadah dan tempatnya digantikan oleh Once.

Walaupun kini usia Ari mencecah 42 tahun, namun hal itu tidak menghalang peminat untuk memuji ketampanan wajahnya.

Ketika dia sedang menyanyi lagu ketiga berjudul Arti Cinta , seorang peminat menjerit memuji dan hal itu didengari oleh Ari.

“Ah biasa saja. Saya tidak pernah merasa ganteng (kacak) tetapi banyak yang menyebut saya berkarisma,” katanya.

Lihat Komen
ADS