Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
30 tahun selepas Back to the Future
Diterbitkan:  Oct 22, 2015 3:22 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Ketika watak Marty McFly (lakonan Michael J Fox) 'terbang' merentasi masa untuk menyelamatkan anaknya pada 21 Oktober 2015 - atau 30 tahun mendahului masa - semua orang kelihatan terhibur.

Dan akhirnya semalam (atau hari ini di AS) tarikh disebut dalam filem Back to the Future pada 1985 itu pun tibalah.

Selepas tiga dekad, beberapa fakta mengenai kereta Doc Brown (lakonan Christopher Lloyd) menarik untuk diketahui.

Kenderaan digunakan saintis tersebut bersama McFly untuk 'terbang' melalui terowong masa ini sukar dibezakan sama ada sejenis 'mesin' atau promosi daripada syarikat DeLorean.

Penulis bersama skrip Back to the Future , Bob Gale menjelaskan kereta berkenaan dipilih bukan sembarangan walaupun melalui standard Hollywood.

Gale yang juga penerbit filem berkenaan berkata, pengasas DeLorean Motor Co, John DeLorean sedang dibicarakan atas dakwaan mengedar dadah ketika Back to The Future dirakamkan.

"Bagi kami memilih kereta keluaran DeLorean ketika pengasasnya dibicarakan sebenarnya berisiko tinggi tetapi pada masa sama memiliki nilai yang tinggi.

"Dan kami sukakan reka bentuk pintunya," kata Gale.

Pengarah setuju kereta digunakan

Kereta itu adalah model DMC-12 keluaran 1981 dan mungkin satu-satunya kereta yang pernah dibina DeLorean Motor Co.

Dihasilkan di pinggir Belfast, Ireland Utara, keutamaan pasarannya adalah AS dan hanya 9,000 unit dibuta sebelum pengeluaran dihentikan pada 1982.

Dianggarkan ketika ini hanya 6,000 unit masih digunakan di seluruh dunia.

Sementara itu di Tokyo, salah seorang pemilik kereta model itu ialah ahli perniagaan Michihiko Iwamoto.

Iwamoto, 51, merancang untuk menghabiskan seharian 'memandu mesin masa' miliknya di kawasan pakir.

"Saya memang sukakannya. Apabila berada di kerusi pemandu dan memegang stering, saya seolah-olah kembali ke zaman silam.

"Tell me, future boy, who's President of the United States in 2017?"Bernie Sanders."Bernie Sanders?! From Vermont?"

Posted by Bernie Sanders on Wednesday, October 21, 2015

Menurut Gale, skrip asal Back to the Future mencadangkan pengembaraan masa Brown dan McFly dibuat melalui peti sejuk.

Pada 1981, katanya, dua draf awal mesin perentas masa dicadangkan adalah peranti dalam makmal Brown yang kemudian diletakkan pada traknya untuk dipandu.

"Pada 1984 apabila penggambaran filem berkenaan hampir bermula, pengarah Bob Zimeckis bertanya bagaimana babak itu mahu dirakamkan jika alat yang digunakan adalah peti sejuk.

"Zimeckis berasa ia lebih mudah jika mesin berkenaan berbentuk mudah alih, atau diletakkan di dalam kereta.

"Apabila kereta DeLoreon dicadangkan, Zimeckis dapat diyakinkan," katanya.

Siapakah tokoh di sebalik 'mesin perentas masa' itu?

Tidak dapat sambutan

John DeLorean - meninggal dunia pada in 2005 - memulakan kerjayanya sebagai jurutera di General Motors dengan menghasilkan rekaan kereta klasik Amerika seperti Pontiac GTO dan Pontiac Firebird.

Pada 1973 di berhenti dari General Motors dan memulakan usaha mengasaskan DeLorean Motor Co bagi mencapai impiannya menghasilkan kereta sports idamannya.

DeLorean Motor Co bermula dengan modal asas AS$200 juta (kini bernilai RM857 juta).

Dia berjaya memujuk pelabur berprofil tinggi di AS, iaitu seperti hos televisyen Johnny Carson, manakala sebahagian besar saham dipegang kerajaan British yang ketika itu terdesak menyediakan peluang pekerjaan di Ireland Utara.

Today is the day Doc Brown sent Marty McFly Back to the Future. So here is a message for you from the Doc himself.

Posted by news.com.au on Tuesday, October 20, 2015

Namun disebabkan beberapa pindaan perlu dibuat pada enjin dan reka bentuk kereta, pengeluaran terlewat dan produk pertama gagal dihasilkan sehinggalah pada 1981.

Apabila ia dijual, sambutan sangat mengecewakan.

Harganya dianggap mahal iaitu AS$27,500 pada 1982 atau kira-kira AS$70,000 dengan standard ketika ini.

Pada 1982 juga AS sedang mengalami kemelesetan ekonomi dan musim sejuk yang melampau.

Rekaan penting teknologi kamera

Kedua-dua faktor itu langsung tidak membantu meningkatkan jualan kereta DeLoreon.

Hidup sosial DeLorean juga menarik. Ketika itu dia banyak menghabiskan masa - dan wang -untuk memburu wanita jelita, berfoya-foya selain terbabit dalam perdagangan kokain.

Dia kemudian didakwa mengedar dadah bernilai AS$24 juta tetapi selepas perbicaraan panjang dan laporan media mendalam, dia didapati tidak bersalah.

Ketika itu tiada yang boleh diselamatkan lagi. Kilangnya kehabisan modal dan runtuh hanya selepas 12 bulan beroperasi penuh.

Penulis buku Delorean: Celebrating the Impossible , Chris Parnham berkata filem Back to the Future yang sepatutnya membantu meningkatkan populariti kereta itu hanya mula dipasarkan 18 bulan kemudian.

"Jika tidak, publisti untuk jenama DeLorean mungkin dapat menyelamatkan kereta berkenaan," katanya.

Satu lagi aspek menarik pada filem Back to the Future adalah kamera VistaGlide yang beroperasi melalui kawalan komputer.

Penggunaan VistaGlide membolehkan watak utama, Michael J Fox melihat secara langsung lakonannya di depan kamera.

Ia juga penemuan penting dalam sejarah teknologi penerbitan filem.

Lihat Komen
ADS