Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Puty, Nikita melacur dengan rela
Diterbitkan:  Dec 15, 2015 3:17 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

Pembebasan segera dua selebriti yang ditangkap kerana disyaki melacur pada Khamis lalu, Nikita Mirzani dan Puty Regita, terus dipertikaikan umum.

Polis juga mendakwa Nikira dan Puty sebagai "mangsa" dan bukan suspek seperti dua individu lain yang sehingga kini masih ditahan.

Memetik pegawai kanan polis, Umar Surya Fana, media Indonesia hari ini melaporkan ada enam fakta yang perlu diketahui umum berhubung kes berkenaan.

Kata Umar, kegiatan Nikita dan Puty dikesan melalui kaedah atas talian.

"Ketika ditangkap Nikita dan Puti dalam keadaan sudah bersedia melayan pelanggannya, tetapi belum sempat berlaku apa-apa hubungan ya," katanya.

Polis juga, katanya, menemui bahan bukti aktiviti itu seperti kondom, pakaian dalam, bil hotel dan telefon genggam.

“Selain pindahan wang, hari ini polis meneliti akaun bank mereka," katanya.

Aktiviti sudah lama

Khamis lalu, Nikita dan Puty serta beberapa yang lain ditahan polis dalam satu operasi khas di sebuah hotel lima bintang di Jakarta.

Ketika ditangkap, Nikita didakwa sedang bersiap-sedia untuk melayani seseorang, tanpa pengetahuannya adalah anggota polis yang menyamar.

Menurut polis, kedua-dua selebriti itu mengenakan bayaran Rp50 juta (RM15,435) hingga Rp120 juta (RM37,045) sebagai imbuhan perkhidmatan mereka.

Seorang pegawai kebajikan wanita pula mengakui Nikita kelihatan cemas ketika polis menjalankan siasatan, manakala Puty lebih banyak berdiam diri seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu.

Umar pula mendakwa, ketika disiasat Nikita dan Puty mengakui mereka adalah sebahagian daripada rangkaian pelacuran kelas atasan.

"Maksudnya, mereka melakukan aktviti itu secara rela, bukan dipaksa," katanya.

Polis juga percaya Nikita dan Puty sudah aktif dalam kegiatan itu sejak beberapa lama.

"Jika dilihat rekodnya, malam itu bukan malam pertama mereka melayan lelaki yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk ahli perniagaan, tokoh masyarakat dan pegawai kerajaan," katanya.

Lihat Komen
ADS