Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Konsert 35 tahun Search ambil kira 'restu' Yazid

Bagaimanakah kemeriahan konsert kumpulan rock legenda yang mendapat tajaan bernilai RM2 juta?

Tunggu saja pada 9 April ini apabila Search mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-35 kumpulan itu memeriahkan dunia seni negara.

Konsert yang dibawakan oleh Afjets Sdn bhd itu dijadual bermula seawal 9.30 malam dan berakhir tepat jam 12 tengah malam.

Ia menjadi lebih istimewa kerana konsert berkenaan menyediakan segmen khas untuk pemain dram Search, Yazid Ahmad, kembali beraksi selepas sekian lama terhalang akibat masalah kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Afjets Amrul Nizar Anuar berkata penganjur menyediakan tempat berasingan untuk penonton lelaki dan wanita jika mereka lebih selesa begitu.

Untuk peminat wanita, katanya, mereka boleh memilih zon Isabella dengan tiket berharga RM135 setiap satu dan tidak perlu bercampur dengan penonton lelaki.

Tiket lain dijual ikut mengikut zon ialan Mat Rock (penonton lelaki) bernilai RM135; Kejora (duduk) bernilai RM288; Pawana (berdiri) berharga RM288 dan Fenomena berharga RM899 dan diberi keistimewaan menyertai sesi bertemu Search.

Empat jam sehari, 45 hari

Kata Amrul, slot khas yang diperuntukkan kepada Yazid bergantung kepada keselesaan pemain dram berkenaan.

"Search akan bawakan lagu yang tidak pernah dimainkan dalam persembahan sebelum ini.

"Ini termasuk lagu berentak perlahan dan tidak akan memudaratkan kesihatan Yazid.

"Untuk slot itu, anggaran lagu yang akan dimainkan Yazid adalah sekurang-kurangnya empat atau lima lagu," katanya kepada Malaysiakini .

Dan bagi mengisi tempat Yazid selepas itu, khidmat pemain dram lain akan digunakan tetapi identitinya hanya akan diumumkan kemudian.

Kata Amrul, pemilihan pemain dram dibuat dengan mengambil kira pertimbangan daripada Yazid.

"Kami cari orang yang mampu memukul dram sama seperti Yazid dan biar Yazid sendiri berpuas hati dengan kemampuan individu itu.

"Kami tak mahu nanti bunyi dram dia dan Yazid berbeza semasa persembahan," katanya.

Bagi sesi latihan yang bermula minggu depan, Amrul berkata, Yazid mungkin akan turut serta tetapi kehadirannya tetap bergantung kepada keadaan kesihatan.

"Sesi latihan diadakan empat jam sehari selama 45 hari," katanya.

Sementara itu pada sidang media diadakan untuk mengumumkan penganjuran konsert Search 10 Februari lalu, kelibat Yazid muncul di tempat berkenaan seawal 4.30 petang.

Ia adalah kehadiran kira-kira empat jam lebih awal daripada waktu sidang media.

Yazid kemudian memandu pulang ke rumahnya di Setapak sebelum datang semula ke tempat itu pada malamnya.

Lihat Komen
ADS