Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ahok suka dipilih Nikita
Diterbitkan:  Feb 14, 2016 10:24 AM
Dikemaskini: 2:29 AM

Dengan jawatan sepenting Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama tidak dijemput menyertai acara santai bertemu calon gabenor diadakan parti Gerindra petang kelmarin..

Sebaliknya tokoh diundang Gerindra ialah penyanyi dan pemuzik Ahmad Dhani.

Adakah Basuki berasa terkilan atau terhina?

Tidak. Bahkan Basuki tidak menganggap dirinya direndahkan oleh Ahmad Dhani.

"Tak ada persaingan antara saya dengan dia," katanya.

Tidak cukup dengan itu Basuki - atau lebih dikenali dengan nama Ahok kerana berbangsa Cina - berkata apa yang lebih menggembirakan bagi dirinya ialah Nikita Mirzani bakal mengundinya berbanding Ahmad Dhani dalam pemilihan gabenor pada tahun depan.

"Yang penting Nikita pilih gue daripada Ahmad Dhani, ha ha ha," katanya riang.

Basuki mewakili parti Gerindra dalam pemilihan Naib Gabenor Indonesia dan berkhidmat di bawah Joko Widodo sebelum tokoh popular itu memenangi pilihan raya presiden pada 2014.

Sikap Basuki yang berterus terang dan suka berpegang dengan pendapatnya sendiri menyebabkan dia meninggalkan Gerindra.

Pemimpin utama Gerindra ialah Prabowo Subianto yang bersaing dengan Joko Widodo dalam pemilihan presiden.

Ahmad Dhani adalah salah seorang penyokong kuat Prabowo.

Khamis lalu Nikita mengaku takut "diserang" Ahmad Dhani kerana berpendapat Basuki lebih sesuai memimpin Jakarta.

Menurut pelakon yang 'panas' dengan kisah hidup penuh kontroversi itu, Basuki perlu diberi peluang dan waktu lebih lama untuk menangani pelbagai isu di Jakarta.

Ahmad Dhani pula dinamakan Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) sebagai bakal calon gabenor dalam pemilihan tahun depan.

Indonesia mengamalkan demokrasi meluas dengan membenarkan rakyatnya memilih - secara langsung - calon presiden hingga ke ketua kampung.

Lihat Komen
ADS