Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Biasanya sambutan mengenang hari kelahiran disambut pada tarikh yang sama dengan detik bersejarah itu, namun untuk meraikan isteri, Yusry Abdul Halim memilih berbeza.

Dia mengawalkan dua hari sambutan untuk Lisa Surihani. Alasannya: Untuk mendapatkan faktor "kejutan" si isteri.

Majlis itu pula dilangsungkan dengan disaksikan petugas media yang hadir majlis pelancaran program eBu: Babypedia terbitan Astro Kuala Lumpur petang tadi.

Lisa dilihat tiba lebih awal di lokasi majlis tanpa Yusry dan dimaklumkan suaminya tetap akan datang tetapi sedikit lewat.

Pada awalnya, situasi berkenaan sedikit sebanyak menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak puas hati pada Lisa, 29, kerana mereka sepatutnya hadir bersama-sama, sesuai dengan rancangan eBu: Babypedia yang akan mereka kendalikan nanti.

Namun kemarahan itu bertukar menjadi terharu apabila 'kelewatan' berkenaan rupa-rupanya disengajakan.

Penantian Lisa berakhir ketika Yusry melangkah masuk ke dewan majlis dengan membawa sebji kek ditangan, manakala hadirin menyanyikan lagu selamat hari jadi.

“Saya menangis tadi. Tak sangka, sebab Yusri beritahu dia ada mesyuarat di Putrajaya.

“Pada saya, kenapa pula dia perlu menghadiri mesyuarat pada waktu sama majlis ini berlangsung di sini.

“Rancangan ini juga penting kerana kami menjadi hos bersama,” katanya.

Turut hadir di majlis adalah kedua ibu bapa Yusry dan ibu Lisa.

Lisa dan Yusry mengikat tali perkahwinan pada 23 Februari 2012. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yahaira Leanne yang kini berusia enam bulan empat hari.

Bagaimapun, ia bukanlah pertama kali Lisa mendapat kejutan hari ulang tahun kelahiran daripada Yusri.

Kali pertama dulu adalah selepas mereka berkahwin.

“Dia pernah bagi kejutan sebegini tetapi hari ini saya terharu sebab tidak menyangka akan ‘ditipu’ begini.

“Tapi kejutan begini tidaklah boleh dibuat setiap tahun sebab nanti boleh dihidu,” katanya.

Lihat Komen
ADS