Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Otai rock bakal gegar padang pasir California
Diterbitkan:  May 4, 2016 11:17 AM
Dikemaskini: 3:25 AM

Dianggap salah satu konsert terhebat, penganjur hari ini mengesahkan mereka sudah mendapat persetujuan nama besar untuk menjayakan persembahan di kawasan padang pasir AS pada Oktober ini.

Di konsert itu, Rolling Stones, Bob Dylan, Paul McCartney, Neil Young, Roger Waters dan The Who akan membuat persembahan dari 7 hingga 9 Oktober.

Lokasinya ialah di kawasan lapang Empire Polo, California.

Semua artis itu - kecuali gitaris Rolling Stones, Ronnie Wood - berusia 70-an.

Wood pula dianggap paling muda dengan usianya 'baru' 68 tahun.

Bercakap kepada Los Angeles Times penganjur Jim Guerinot berkata dia tidak dapat memikirkan konsert lebih besar pernah diadakan selain apa yang dirancangnya.

"Bayangkan, Neil Young membuka persembahan untuk Paul McCartney - ini memang sukar dipercayai!" katanya.

Tiket untuk konsert berkenaan sudah mula dijual sejak semalam dengan harga antara AS$199 hingga AS$1,599.

Bagaimanapun setiap seorang hanya dihadkan membeli lapan tiket festival digelar The Desert Trip itu

Kenyataan di laman sesawang penganjur pula menyatakan persembahan akan bermula sejurus selepas matahari terbenam.

"Semua artis akan membuat persembahan penuh di sepanjang tiga malam berkenaan," kata penganjur.

Penganjur memberitahu konsert mega itu akan dimulakan - pada 7 Oktober - oleh Dylan dan Rolling Stones, diikuti Young dan McCartney pada malam kedua, manakala malam penutup diwarnakan The Who dan Waters.

Konsert berkenaan juga disebut-sebut sebagai penutup aksi The Who sebelum anggota kumpulan itu 'bersara wajib' atas faktor kesihatan.

The Who adalah band dari United Kingdom yang ditubuhkan pada 1964.

Lihat Komen
ADS