Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Celik mata Roby Geisha terus ingat ganja
Diterbitkan:  May 4, 2016 4:00 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Pemain gitar kumpulan Geisha tidak segan-silu mengakui ketagihannya kepada ganja begitu kronik walaupun mempunyai niat untuk keluar daripadanya.

Kata Roby Satria hampir setiap masa fikirannya selalu teringat kepada bahan berkenaan.

"Sudah lima tahun saya mengambil ganja," katanya ketika memberi keterangan di depan hakim di Denpasar, Bali kelmarin.

Roby adalah tertuduh dalam perbicaraan itu.

Roby, 29, adalah pemuzik kelahiran Pekanbaru yang menubuhkan Geisha bersama empat yang lain pada 2003.

Roby ditangkap polis pada 19 November 2015 di sebuah hotel di Denpasar. Ketika ditahan dia didakwa kelihatan panik dan cuba membuang bahan bukti yang diterimanya - sebungkus ganja seberat 1.46 gram.

Kata Roby, memang selama ini dia berasa amat perlukan ganja.

"Hinggakan sebaik saja terjaga daripada tidur, saya mahukan ganja," katanya.

Dalam keterangan di mahkamah Roby mendakwa sehari sebelum ditangkap dia berada di Bali atas urusan kerja. Dia menghisap ganja bersma seorang temannya di pulau peranginan itu.

Dia juga mengakui kesal kerana ditangkap polis atas kesalahan dadah untuk kali kedua.

"Saya memohon maaf terutama kepada orang tua saya yang sebelum ini memberi sekali lagi peluang meninggalkan ketagihan ini," katanya.

Lihat Komen
ADS