Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sunu Matta Band tabah dicaci kerana berhijrah
Diterbitkan:  Jul 1, 2016 12:33 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Selepas kira-kira lima tahun 'berubah' vokalis Matta Band Sunu Hermaen mengakui langkahnya itu tidak mudah.

Daripada menjadi penyanyi yang mengecapi pelbagai perhatian dan glamor kini dia lebih mendekati tuhan.

Dia pernah menolak untuk dipanggil "ustaz" dan menganggap dia masih lagi seorang penyanyi.

Menceritakan pengalamannya ketika mula-mula berhijrah dulu, Sunu mengakui ia tidak mudah, sebaliknya diuji dengan pelbagai cemuhan.

"Memang banyak (yang menghina) namun saya tidak mempedulikannya sangat," katanya kepada tribunnews.com.

Matta Band adalah kumpulan muzik dari Bandung yang ditubuhkan pada 2006.

Selain Sunu kumpulan itu dianggotai Yadi Bachman atau Wox sebagai pemain dram, Yogi Wargana atau Igoy (gitar), Dicky Yudha Handika (gitar), Setia Permana atau Stay (bass) dan Yudi Permana (keyboard).

Lagu paling popular Matta ialah Ketahuan yang diterbitkan pada 2007.

Kata Sunu di awal tempoh penghijrahannya ramai menganggap dia hanya mahu mencari publisiti semata-mata.

Namun dia bersyukur kerana tohmahan itu dapat dihadapi dengan tenang.

"Dulu pun saya dicerca kononnya Matta Band tidak akan berjaya tetapi alhamdulillah terbukti tidak begitu," katanya.

Menceritakan pengalaman silam, ketika ligat di atas pentas Sunu mengakui dia menikmati pujian ramai.

Namun di sebalik itu, katanya, dia berasa kehilangan atau ada sesuatu tidak memadai pada jiwanya.

"Selepas berhijrah, saya tidak dapat gambarkan ketenangan yang saya alami.

"Hati yang tidak diisi dengan agama pasti akan terasa kekosongan,” katanya.

Lihat Komen
ADS