Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mahkamah arah Awie bayar nafkah RM4,000 sebulan
Diterbitkan:  Aug 15, 2016 6:41 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan penyanyi rock Awie membayar nafkah bulan bernilai RM4,000 untuk dua anaknya yang kini di bawah jaga bekas isteri Rozana Misbun.

Daripada jumlah itu RM3,000 adalah untuk keperluan asas seperti pendidikan, makanan, penjagaan kesihatan dan pakaian.

Baki RM1,000 lagi adalah keperluan sewa rumah yang kini didiami Rozana dan dua anaknya.

Hakim Che Saupi Che Husin berkata nafkah itu perlu diserahkan setiap bulan kepada Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha - masing-masing berusia lapan dan enam tahun.

"Saya mengarahkan pembayaran itu dibuat pada atau sebelum 5 hari bulan pada setiap bulan dan berkuatkuasa serta-merta,” katanya dilapor The Star Online.

Ia bukanlah kali pertama Awie - atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berada di mahkamah.

Pada Mei lalu Awie didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mencederakan Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak dua tahun lepas.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhi hukuman itu selepas Awie menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Che Saupi juga meluluskan tuntutan dibuat Rozana, 38, untuk pembiayaan persekolahan serta persiapan sambutan hari raya haji.

Bagaimanapun jumlah yang perlu dikeluarkan Awie tidak dinyatakan secara khusus.

Perintah itu dibuat hasil permohonan Rozana pada 5 November tahun lalu.

Dalam permohonannya Rozana meminta Awie menyediaan nafkah bernilai RM5,300 sebulan.

Turut dituntut wang bernilai RM2,000 setiap tiga bulan bagi keperluan membeli pakaian anak-anaknya.

Lihat Komen
ADS