Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Remy Ishak tetap mencari dalang sebar fitnah
Diterbitkan:  Oct 26, 2016 9:33 PM
Dikemaskini: 1:36 PM

Pelakon Remy Ishak kesal kerana sudah lapan kali membuat laporan polis namun tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa ke atas dalang yang menuduh rumahnya menjadi kegiatan dadah.

Sehubungan itu, Remy benar-benar berharap tindakan segera diambil apabila ternyata dakwaan terbabit adalah palsu kerana ketika serbuan dilakukan, polis tidak menemui sebarang bukti terdapat dadah di rumahnya.

“Sudah terbukti rumah saya tiada dadah. Jadi, saya tanya pada pihak polis apa yang boleh dilakukan terhadap individu yang membuat tuduhan palsu itu dan saya diminta membuat laporan polis.

“Saya sudah membuat laporan polis tetapi sehingga kini tiada tindakan dan jawapan daripada pihak polis walaupun saya kerap kali bertanya,” katanya.

Justeru, Remy menyerahkan perkara berkenaan kepada peguam untuk diambil tindakan selanjutnya.

Pada awal bulan September lalu pula, Remy pernah diugut bunuh oleh seorang wanita atas alasan dia enggan bertemu dengannya.

Kata Remy atau nama asalnya Mohammad Zalimei Ishak, 34, kes ugut berkenaan sedang diselesaikan dan dimaklumkan berada di peringkat akhir.

Memetik laporan Utusan Online, beberapa minggu selepas itu, rumah pelakon Nur Kasih the Movie itu pula diserbu pihak polis selepas ada pihak melaporkan rumahnya menjalankan aktiviti berkaitan dadah.

Pelbagai dugaan terpaksa ditempuh Remy berulang-kali malah pada masa terdekat, hingga situasi berkenaan menyakinkan aktor itu dalangnya dilakukan oleh orang sama.

Bagaimanapun, Remy enggan mengulas lanjut kerana bimbang kenyataannya mengganggu siasatan.

Sedikit-sebanyak, perkara yang timbul mengakibatkan kerjaya Remy dalam industri terjejas selain menggangu kehidupan dan keluarganya.

“Biasalah apbila menjadi artis, pasti ramai yang mahu mengambil tahu dan apabila ada fitnah yang ditujukan kepada saya, sudah pasti itu membentuk persepsi.

“Walaupun saya sebenarnya tidak terlibat dengan dadah, tetapi nama saya sudah buruk dan sebagai artis, itu sesuatu yang sepatutnya dielakkan,” katanya.

Lihat Komen
ADS