Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Jupe bahagia dibela hafiz muda
Diterbitkan:  Dec 5, 2016 4:32 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

Di mata umum kelibat Julia Perez adalah penghibur yang dekat dengan seksi dan kontroversi justeru dia sering menjadi sasaran kecaman orang ramai.

Namun pada saat dia dikatakan dikecam pengguna Internet, muncul seorang pemuda berdarah Bosnia dan lahir di Stuttgart, Jerman menjadi pembela.

Lebih menarik pemuda terbabit bukan sembarangan orang. Bernama Fatih Seferagic, 21, dia adalah seorang hafiz.

Puncanya: Julia memuat naik gambar dirinya bersama Fatih di Instagram lantas kecaman daripada pengguna media sosial itu pun bermulalah.

Namun Fatih menasihati Julia - atau nama glamornya Jupe - agar bersabar.

Fatih yang dilaporkan menghafal al-Quran sejak berusia 12 tahun turut menghadiahkan buku serta rakaman bacaan al-Quran untuk Julia.

"Saya diberikan buku kelebihan berdoa dan bacaan-bacaan al-Quran. Saya jadi tenang," katanya.

Semasa Julia menjalani rawatan dan pembedahan membuang kanser serviks, Fatih jugalah yang sering bertanya khabar.

Nama Fatih semakin dikenali ramai selepas klip video dia membaca al-Quran dimuat naik di YouTube dan tersebar di media sosial.

Kini menetap di AS Fatih dilaporkan mula belajar al-Quran sejak berusia 9 tahun.

Dia turut aktif dalam beberapa pertubuhan kebajikan dan menjadi ketua pemuda di sebuah masjid di Dallas, Texas.

Lihat Komen
ADS