Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Pelakon Polis Evo Pablo Amirul berkata dia menjadi mangsa jenayah siber ekoran tersebar gambarnya yang didakwa disunting sehingga mengaibkan.

Empat gambar, yang dua daripadanya menampakkan bahagian badan, manakala dua lagi hanya separuh wajah mirip Pablo dan menampakkan alat sulit mulai tersebar di Internet baru-baru ini.

"Saya sudah melihat sendiri sekeping daripada gambar terbabit dua hari lalu dan mendapati bahagian badan adalah kepunyaan saya cuma yang lain (muka dan alat sulit) telah disunting," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pablo atau nama sebenarnya Amirool Hisyam Mohd Sakri, 31, kini sedang mempromosikan DVD filem terbaru Last Kopek Havoc di Pulau Pinang.

Pelakon baru yang meningkat naik itu sebelum ini pernah berlakon filem Sniper dan Kasutku Kusut.

Pada Pablo, biarlah dia tidak membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai imej yang menjadi tanda tanya itu.

"Saya mahu lihat apa akan berlaku selepas ini.

"Baik saya tidak menafikan mahupun mengiyakan gambar terbabit kerana walau macam mana diperjelaskan kepada umum ia tetap akan dipertikaikan," katanya.

Beliau juga tidak bercadang membuat laporan polis.

"Saya serah kepada Allah. Lagipun saya artis suam-suam kuku dan sering berlakon watak jahat, bukannya sebagai pelakon utama.

"Saya tidak mahu tuduh sesiapa atau mengetahui jika ada pihak yang ingin mensabotaj karier saya.

"Sebelum ini saya tiada kontroversi dan hal ini mungkin terjadi kerana nama sedang meningkat naik," katanya.

Lihat Komen
ADS