Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Cerita Lindsay masuk Islam terbukti palsu?
Diterbitkan:  Jan 17, 2017 12:31 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Telahan umum yang mengatakan pelakon Hollywood Lindsay Lohan telah memeluk Islam ternyata meleset apabila berita itu dibuktikan palsu.

Maklumat itu disahkan sebuah portal Gossip Cop berpangkalan di New York yang menilai sesebuah laporan sama ada benar atau khabar angin.

Portal itu menyatakan laporan mengenai Lindsay memeluk Islam adalah berstatus 0 iaitu seratus peratus khabar angin.

Sementara itu, ibu Lindsay, Dina dan jurucakap pelakon itu juga mengesahkan dia tidak menukar agamanya kepada Islam.

Terdahulu, tindakan Lindsay menulis perkataan ‘Alaikum Salam’ dan memadam semua gambar di akaun Instagram miliknya berjaya mencuri perhatian ramai.

Ekoran itu umum membuat spekulasi pelakon berusia 30 tahun itu telah menukar agamanya kepada Islam.

“Kebanyakan Muslim dari seluruh dunia mengucapkan tahniah kepada bekas bintang Disney kanak-kanak itu menerusi media sosial.

“Sebahagian daripada mereka juga meminta Allah memberi petunjuk kepada Lindsay untuk mendalami agama Islam,” menurut laporan disiarkan di Yahoo.

Lindsay, 30 sebelum ini dikatakan sedang mendalami Islam tetapi belum menjadi seorang Muslim.

Malah, petunjuk terkini bahawa pelakon Mean Girls itu berada di Dubai dan mempelajari bahasa Arab menguatkan lagi berita yang tersebar.

Selain itu, Lindsay juga banyak berkongsi dengan peminat mengenai episod baru hidupnya yang dikatakan penuh dengan perkara mengujakan.

Gambar Lindsay juga pernah dirakam membawa al-Quran di samping menunjukkan minat terhadap Islam.

 

Lihat Komen
ADS