Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images

Sarat mengandung tidak menghalang pelakon Lisa Surihani untuk menjalankan tugasnya sebagai duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) di Malaysia.

Lisa memberitahu, sebagai duta baru, beliau akan menjalankan tugasnya untuk menyedarkan masyarakat tentang masalah melibatkan kanak-kanak, antaranya dengan menggunakan sosial media.

Menurut Lisa, sebagai selebriti, beliau juga akan menggunakan platform tersebut untuk memberi mesej-mesej kesedaran kepada orang ramai.

"Untuk kita tingkatkan kesedaran tentang sesuatu yang penting ialah apabila ia memberi kesan.

"Jadi apa yang penting, apa yang kita kongsikan di sosial media, kalau saya muncul secara fizikal di acara-acara, kita (bersama Unicef) akan bincang dengan teliti supaya apa mesej yang kita sampaikan, disampaikan dengan nilai-nilai positif dan berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media memperkenalkan Lisa sebagai duta Unicef di ibu negara hari ini.

Lisa yang hadir ditemani suami, Yusri Abdul Halim turut memberitahu bahawa beliau bersama Unicef akan melakukan pelbagai kempen kesedaran yang melibatkan kanak-kanak.

"Kita akan fokus dalam skop yang besar seperti memastikan kanak-kanak berada dalam persekitaran yang selamat, bagaimana mereka menggunakan Internet," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS