Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Walaupun filem animasi kurang dihasilkan oleh penggiat filem tempatan, namun bagi Pengarah dan Ketua Pegawai Kreatif KRU Studios Yusry Abdul Halim pula berfikiran sebaliknya.

Menurut Yusry, 44, beliau memilih untuk menghasilkan filem animasi ketika ini kerana melihat potensi filem berkenaan yang boleh dipasarkan di serata dunia.

Malah, ketika ini, Yusry memberitahu, pihak KRU Studios sedang sibuk menghasilkan dua filem animasi.

"Sekarang sibuk dengan dua filem animasi. Dua-dua kini sedang berjalan. Animasi ini pasarannya di seluruh dunia. Kalau buat filem aksi, pasaran kita terhad pada sesetengah negara.

"Untuk animasi kita boleh menyeberangi sempadan. Animasi kita boleh buat dalam bahasa lain dan jual kepada ejen.

"Animasi bukan hanya dihasilkan untuk rakyat Malaysia walaupun dibuat di Malaysia. Ia dibuat untuk seluruh dunia," kata Yusry kepada Malaysiakini ketika ditemui semasa pelantikan isterinya, Lisa Surihani sebagai duta baru UNICEF di ibu negara pada Selasa.

Sebelum ini, KRU Studios pernah menghasilkan dua filem animasi antaranya Ribbit serta sebuah filem yang dikeluarkan bersama Studio Animasi Les Copaque iaitu Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng.

Bagi filem Ribbit yang ditayangkan pada 2014, ia mendapat tempahan melebihi 80 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Jerman, Jepun, China, Korea Selatan dan kebanyakkan negara tersebut mengalih bahasa ke bahasa tempatan negara masing-masing.

Bagi tahun ini pula, filem animasi Wheely yang diarahkan oleh Yusry sendiri dijangka bakal ditayangkan di pawagam, dengan versi dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Lihat Komen
ADS