Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Saya tiada lagi hubungan dengan Aida, Shahida'
Diterbitkan:  Mar 23, 2017 6:45 PM
Dikemaskini: 11:28 AM

Kemelut rumah tangga Adi Putra yang berpanjangan bagaikan menemui penghujung apabila aktor itu membuat kenyataan secara terbuka hari ini di media sosial.

Jika sebelum ini Adi hanya diam seribu bahasa mengenai status perkahwinannya yang dihidu bermasalah, kini ‘beban’ dipikul selama ini ibarat sudah dilepaskan sepenuhnya oleh pelakon itu.

“Ramai yang bertanyakan tentang status rumah tangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 ( aida ) dan @marmobilespa (shahida ),” tulisnya di laman Instagram.

Adi memberi bayangan perkahwinannya dengan isteri pertama Aida atau Zuhaidah Yusof, 42, seolah-olah sudah berakhir begitu juga dengan Norshahida Dzolkifly, 33 - isteri kedua.

Hujung minggu lalu, media melaporkan Adi mendaftarkan permohonan untuk bercerai dengan Aida pada 3 Mac di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Namun, itu bukan kali pertama Adi dan Aida memfailkan perceraian.

Mereka pernah berbuat demikian pada 11 Mei 2012. tetapi keputusan itu ditarik semula selepas berdamai.

Pelakon berasal dari Singapura itu berkahwin dengan Aida pada 14 April 2006, manakala Norshahida 20 Jun tahun lalu.

 

 

Lihat Komen
ADS