Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Suami kaya atau tidak, wanita mesti di posisi selayaknya

Anggapan berkahwin dengan lelaki kaya boleh menjamin masa depan sama yang aman dan bahagia jelas tidak dipersetujui pelakon Anzalna Nasir.

Bagi Anzalna, walaupun menjadi isteri lelaki kaya memungkinkan seseorang wanita tidak terbeban untuk mencari nafkah untuk keluarga, namun ia bukanlah semudah itu.

Katanya, seseorang wanita tetap mempunyai batasan tertentu dan tidak boleh bergantung sepenuhnya pada wang suami semata-mata.

Justeru, Anzalna yang kini berada di bawah tanggungan suami, dia enggan dirujuk sebagai wanita gemar mengambil kesempatan atas kebaikan lelaki yang dinikahinya.

“Kalau berkahwin dengan seseorang lelaki yang kaya-raya tidak bermaksud saya perlu goyang kaki.

“Memang selepas kami berkahwin suami tak suka tengok saya bekerja kerana memenatkan, tambahan pula dia mampu menanggung saya.

“Tetapi saya perlu bekerja demi masa depan dan atas alasan itulah saya masih nak terus aktif dalam bidang lakonan,” katanya yang positif dia akan tetap mendapat sokongan suami jika kekal berkerjaya.

Awal April ini, Anzalna - yang berehat kira-kira setahun dari dunia hiburan - bakal memulakan penggambaran drama 100 episod berpandukan naskhah Itali, Tuscan Passion terbitan Global Station.

Dan selepas kali terakhir membawakan watak antagonis lima tahun lalu, kini Anzalna diberi kepercayaan pengarah untuk beraksi dengan peranan itu semula.

Dia bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohamad Hanif Mohamad Zaki dengan sekali lafaz di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 21 Februari tahun lalu.

Sejak berkahwin, pelakon Memori Cinta Suraya itu tidak gagal berkongsi detik indah bersama suaminya melalui pelbagai gambar percutian romantis mereka di luar negara seperti London dan Paris.

 

 

Namun, kata Anzalna, perkongsian itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya menghargai pemberian suami dan bersyukur dengan kebahagiaan yang dinikmati.

Menurut finalis Dewi Remaja 2009 itu, wanita wajar meletakkan diri mereka pada posisi yang selayaknya.

Malah Anzalna percaya, jika seseorang wanita mampu berdiri atas kaki sendiri dengan bekerja, mereka mampu berdepan dengan dugaan - jika hadir tiba-tiba - pada masa depan.

Mengenai suaminya, Anzalna berkata, Haniff nampak "sangat sempurna".

"Tak ada masalah buat masa ini. Sekarang (orang lain) mungkin nampak saya seolah-olah wanita paling gembira di dunia, tetapi kita kena fikir juga realiti. Lelaki boleh berubah bila-bila masa.

“Bagaimana jika tiba-tiba laki kita tiba-tiba meninggal, misalnya. Sebablah itulah wanita perlu ada kerjaya dan kumpul harta atas nama sendiri seperti rumah atau kereta.

“Hal itu supaya kalau pada bila-bila masa sekiranya ditendang suami, sekurang-kurangnya kita ada tempat nak berteduh,” katanya.

Lihat Komen
ADS