Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ridley Scott percayakan makhluk asing
Diterbitkan:  Apr 28, 2017 10:37 PM
Dikemaskini: 2:57 PM

Pengarah filem bertemakan makhluk asing, Ridley Scott yakin terdapat kehidupan lain di luar planet ini dan suatu hari nanti akan datang menakluk bumi.

Ridley berkata, atas kepercayaan itu, beliau tampil dengan buah tangan terbaru iaitu satu lagi filem seram sains fiksyen, Alien: Covenant yang akan ditayangkan bulan depan.

“Pakar-pakar telah membuat perkiraan mengenainya dan mengkaji apa terdapat di luar sana. Mereka berkata terdapat antara 100 hingga 200 entiti yang mungkin mengalami evolusi sama seperti kita sekarang.

“Justeru, apabila kamu melihat sesuatu yang besar di langit, kamu perlu melarikan diri kerana makluk asing lebih bijak dari kita dan jika kamu cukup bodoh untuk mencabar mereka kamu akan dikalahkan dalam masa tiga minit,” katanya dengan nada seloroh.

Alien:Covenant adalah prekuel kedua filem berlatarbelakangkan tahun 2014 di atas kapal angkasa yang membawa 2,000 koloni dibekukan ke sebuah planet jauh bagi menerokai kawasan baru.

Bagaimanapun, pelayaran mereka kemudian berubah menjadi pengalaman mengerikan.

Menurut Ridley, 79, yang memainkan peranan penting dalam Blade Runner - beliau tidak pernah jemu menghasilkan karya untuk menakutkan penonton.

Ridley yang menerima darjah kesatria pada 2003 juga bakal menghasilkan filem Battle of Britain berlatar belakang Perang Dunia Kedua.

Lihat Komen
ADS