Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

AKTIF Sungai Kampar di Gopeng Perak menyajikan cabaran buat peminat sukan lasak yang ingin menduga ketangkasan mengayuh dan mengemudi bot getah ke hilir.

Sungai ini dikelaskan sebagai kategori sederhana bahaya (skala 3/6) yang tidak sepatutnya dipandang mudah.

Selepas hujan, keadaannya mungkin boleh menjadi sungai kategori agak berbahaya (skala 4/6 atau 5/6) yang memerlukan teknik dan kepakaran pengendalian bot yang lebih tinggi.

Bot yang penulis naiki turut terbalik ketika menempuh satu halangan semasa kami meredah sungai ini, baru-baru ini,

Mujurlah kami dibekalkan dengan jaket keselamatan dan juga topi keledar. Sebelum dilepaskan, kami turut diterangkan kaedah kayuhan dan pengendalian yang betul oleh pengusaha bot.

Selepas tiba ke tebing sungai, kami dibawa menaiki lori untuk penjalanan kira-kira 20 minit ke hulu sungai.

Bunyi deruan air sungai yang ganas menjadikan saya dan berasa cuak. Pada awalnya memang boat kami memang stabil. Tetapi apakan daya, akhirnya bot yang saya naiki karam ketika cuba melepasi satu halangan.

Kejadian seperti ini sememangnya sudah dijangka akan berlaku. Sebab itulah peserta perlu memberi perhatian ke atas penerangan jurulatih sebelum memulakan kayuhan.

Kami mengikut pesanan beliau – tarik nafas dalam-dalam dan menyelam ke dalam air untuk keluar dari kepungan bot getah.

[Baca selanjutnya di laman Projek Travel]

Lihat Komen
ADS