Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya ingin bertanya sama ada dalam barisan exco Selangor terdapat wakil Orang Asli?

Pertanyaan ini dikemukakan berikutan pandangan YB M Manoharan yang menginginkan seorang lagi wakil kaum India dengan alasan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) telah berjaya menetang Umno.

"Saya cadangkan ini supaya kita tidak hilang sokongan kaum India yang ada di Selangor sebab Hindraf telah menyebabkan orang India berjaya menentang Umno, tapi penghargaan sewajarnya tidak diberikan," wakil rakyat Kota Alam Shah dipetik berkata.

"Saya tidak tahu sama ada exco atau menteri besar ada kumpulan pemikir, kerana kumpulan pemikir Hindraf telah berjaya mengumpul orang India dan berarak," katanya lagi.

Mungkin YB telah terlupa bahawa Hindraf sebuah kumpulan yang telah diharamkan oleh kerajaan.

Mana mungkin kerajaan negeri atau pusat mengiktiraf "kejayaan" sebuah kumpulan haram sehingga ke tahap melantiknya sebagai exco.

Jelaslah YB ini gila kuasa untuk masyarakat India tanpa memikirkan dammpak rusuhan dan publisiti amat negatif yang telah dibawa oleh Hindraf?

Sudahkah YB lupa bahawa Hindraf menuduh kerajaan berlaku tidak adil dan zalim kepada masyarakat India negara ini seperti mengamalkan "penghapusan etnik"?

Negara ini telah dibangunkan oleh sumbangan berbagai-bagi bangsa dan agama, tidak adil Hindraf memalukan negara kita sebegitu.

Kalau rasa tidak selesa di Malaysia, tanah tumpah darah untuk hampir 30 juta rakyat lain, silalah cari kaedah lain tetapi jangan gadaikan maruah negara untuk memenuhi agenda sempit dan semput.

Saya kira, lebih baik sekiranya wakil Orang Asli diwujudkan sekiranya komuniti ini masih tiada wakilnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS