• 'Stand fan' untuk keselesaan pesakit HKL
  • Dr Zaininah Mohd Zain
  • 1268815574
  • Kita merujuk kepada surat Unnerving experience at KLH.

    Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengucapkan terima kasih di atas aduan yang dikemukakan.

    Sememangnya, telah menjadi hasrat HKL untuk memastikan bahawa setiap pesakit mendapatkan rawatan dengan sebaiknya dan sentiasa memberikan perhatian terhadap keperluan pesakit.

    Untuk makluman, pihak kami telah menyiasat aduan tersebut dan hasil siasatan mendapati pada hari dimaksudkan itu pesakit telah datang ke Jabatan Kecemasan untuk mendapatkan rawatan ’seizure’. Hasil siasatan menunjukkan pesakit telah diberi rawatan mengikut prosedur dan polisi perubatan yang sewajarnya.

    Sehubungan dengan itu, hasil siasatan juga mendapati:

    i. Terdapat 49 pesakit dalam wad tersebut namun tidak dinafikan kadang kala berlaku kesesakan pesakit di wad kerana kemasukkan yang melebihi jumlah yang sepatutnya, dimana ‘extension bed’ perlu diadakan.

    ii. Dalam wad tersebut terdapat lima bahagian/kubikal di mana setiap bahagian mempunyai 10 orang pesakit dengan empat kipas siling.

    Memandangkan keadaan cuaca sekarang lebih panas, beberapa 'stand fan' telah ditempatkan diantara katil-katil pesakit untuk keselesaan mereka.

    iii. Keadaan kekurangan bantal berlaku disebabkan bantal-bantal yang telah digunakan oleh pesakit perlu dibersihkan selepas diguna, bagi mengawal jangkitan kuman. Dalam keadaan kekurangan tersebut, bantal akan dipinjam daripada wad-wad lain.

    iv. Pihak hospital sentiasa sedia membantu waris pesakit yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai penyakit pesakit.

    5. Pihak hospital sentiasa bersifat positif terhadap aduan dan segala kelemahan yang dibangkitkan akan diambil tindakan segera untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bagi kemudahan orang awam.

    Penulis adalah pengarah, Hospital Kuala Lumpur.