Dengan mengurangkan subsidi untuk bahan api dan gula, kerajaan bertindak ke arah yang betul.

Bagaimanapun kerajaan perlu memastikan bahawa peniaga dan pengeluar tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan menaikkan yang tidak sewajarnya memandangkan kesan ke atas pengurangan subsidi ini ke atas produk makanan adalah minimum di mana dalam banyak kes kurang daripada satu sen.

Bahan api (petrol, diesel, LPG) membentuk bahagian terbesar dalam pembiayaan subsidi. Harga yang tinggi lebih menggambarkan harga pasaran yang akan menggalakkan orang ramai dan industri untuk lebih mengurangkan penggunaan bahan api.

Ini penting kerana bahan api ini merupakan sumber yang semakin lenyap dan jika penggunaannya terus tidak berkurang maka tidak lama lagi kita akan menjadi pengimport minyak sepenuhnya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pendapatan daripada bahan api menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada hasil pendapatan kerajaan.

Gula merupakan bahan toksik oleh itu ia tidak perlu diberikan subsidi memandangkan ia merupakan bahan yang boleh membawa banyak kemudaratan kepada kesihatan kita apabila wang yang dibelanjakan untuknya boleh digunakan untuk perbelanjaan lain yang lebih bermanfaat.

Menghapuskan subsidi seharusnya menjadi pelan komprehensif bagi pengurusan kewangan negara yang lebih mapan. Kerajan juga mestilah turut serta dalam menghapuskan pembaziran dan rasuah.


Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang