Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya ingin membuat pemakluman dan komen bahawa terdapat kepincangan dalam Kertas 1 ,Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah hari ini ( 5 Okt 2010).

1) Pertama, soalan nombor 20 yang berikut:

Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. (TIADA JAWAPAN yang tepat). Sepatutnya ada jawapan  "Indah sungguh atau Sungguh indah".

A. Amat terindah

B. Sungguh amat indah

C. Amat sungguh terindah

D. Sungguh amat terindah

Jawapan A salah kerana  imbuhan ‘ter’ adalah bersalahan. Jawapan  B, C dan D itu tidak boleh diterima kerana ‘kata sifat super’  berulang-ulang. Perkataan ‘amat’ menunjukkan ‘sifat bersangatan’ (superlative) dan perkataan ‘amat’ juga menunjukkan ‘sifat bersangatan’ yang sama. (Namun , kalau ingin diterima ; boleh dirujuk jawapan  “B“).

2)  Kedua, soalan nombor 23:

Semua  jawapan adalah bersalahan dari segi  etika penggunaan tata bahasa , khasnya dalam peperiksaan penting ini. Perkataan ‘banyak orang’ yang digunakan dalam semua jawapan adalah salah, yang mana sepatutnya di ganti dengan ‘ramai orang’. ( Namun dari segi maksud ; sememangnya jawapan "’A"’ paling hampir untuk memenuhi kehendak soalan).

3) Ketiga, soalan nombor 27:

Tidak ada jawapan.

 i- Yang berkaca mata itu bijak berpantun dan bersyair

(ayat ini salah  kerana penggunaan perkataan ‘yang’  di awal ayat).

ii- Buku-buku teks yang dibawanya itu penuh hingga satu beg.

(ayat ini membawa maksud buku teks itu yang penuh, bukan beg itu yang penuh).

iii- Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik  tengah hari tadi.

(ayat ini sepatutnya: Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan oleh adik  tengah hari tadi).

iv- Penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja mampu mnengelakkan kesesakan lalu lintas.

(ayat ini betul ).

Jawapan yang disediakan kepada calon peperiksaan :

A.    I dan IV

B.    II dan III

C.    I, III dan IV sahaja

D.    II, III  dan IV sahaja.

Komen:

Kalau pun ada jawapan, sepatutnya disediakan jawapan

-    iii dan iv  , ( seandainya  jawapam  {iii}    ini  ingin diterima oleh panel  pemeriksa)

-    iv sahaja   ,

sedangkan pilihan jawapan ini tidak diberikan/disediakan.

Sekian, ini komen saya demi kebaikan semua. Secara peribadi saya amat  menghargai jika pihak kementerian sudi menilai semula soalan-soalan tersebut demi keadilan kepada semua pelajar PMR yang mana mencengkam emosi mereka serta berlaku pembaziran masa ketika menjawabnya.

Sekian, terima kasih.

ADS