Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Saya adalah anak watan Kampung Baru Kanthan Lama, ini adalah keluhan dari penduduk semasa saya balik ke kampung pada 17 April  yang lalu.

Pada 14 Mac lalu, datang kontraktor untuk merobohkan surau Kampung Baru Kanthan Lama, di Chemor, Perak.

Setelah berbincang dengan kontraktor yang mana tujuan meroboh adalah dari arahan ‘Boss’ mereka yang akan menggganti surau itu dengan surau yang baru. Menurut mereka, surau baru adalah dari peruntukan kerajaan melalui YB DUN Hulu Kinta.

Yang menjadi musykilnya hingga sekarang tiada siapa pun yang memaklum perkara yang sebenar. Hingga ke hari ini tiada tanda-tanda menunjukan untuk pembinaan surau baru yang dibuat - tapak surau kampung ini umpama jadi padang jarak padang terkukur.

Penduduk tidak dapat solat berjemaah lagi sehingga hari ini, dan jika ada ceramah terpaksa  diadakan di dalam rumah dan khemah yang dihadiahkan dari DUN Hulu Kinta.

Allahhuakbar.

ADS