Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kau ingat kau siapa?

Boleh arahkan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina di negara ini? Jangan tersilap, otak jangan panas sangat.

Kita ni orang Malaysia, warganegara Malaysia, keturunan Cina, tiada kaitan langsung dengan kau. Sini bukan negeri China, dan kita bukan ditadbir bawah kau, jangan lah kau ingat ini zaman 200 tahun lepas, zaman nenek moyang kita.

Saya orang Malaysia, anak Malaysia, rakyat Malaysia.

Kau ada otoriti apa untuk mengarahkan aku? Kau ingat sini tanah jajahan komunis ke? Kau ingat kau ada hak untuk suruh masyarakat Cina di Malaysia untuk mendengar apa yang kau cakap?

Wahai Perdana Menteri Negeri China Wen Jiabao dan pemimpin-pemimpin BN yang masih berfikir rigid dan tidak berpatutan, silalah fahamkan fakta ini, kami bukan orang Cina di negeri China dan kita bukan orang pendatang asing yang baru-baru pindah ke sini.

Ini adalah negara tercinta kita, kita lahir, membesar dan belajar di sini, inilah tanahair kita, dan inilah tanah tumpahnya darahku, inilah Malaysia.

Jadi, Wen Jiabao, kau ingat kau siapa?

Boleh arahkan kita untuk mendengar dan patuh kepada apa yang Perdana Menteri kita cakap?

Tambahan pula, Malaysia adalah sebuah negara yang berdemokrasi, kita ada hak untuk mengundi dan hak-hak lain yang diperuntukan di dalam Perlembagaan kita!

Sila fahamkan, kita adalah tidak sama langsung dengan apa yang kau amalkan di negeri China, kita di sini, Perdana Menteri dan lain-lain ahli kerajaan hanyalah sebagai agen-agen yang diundi oleh semua rakyat Malaysia untuk menguruskan negara ini sahaja.

Mereka bukan boss, hanya pekerja dan hanya rakyat adalah boss!

Kesimpulannya, jangalah ingat sendiri sebagai wakil atau ketua bagi masyarakat Cina di negara ini. Awak adalah "nobody" kepada kita!

ADS