Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya seorang mahasiswa tahun 3, daripada Universiti Malaya melahirkan rasa amat kesal dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi kali ini.

Sebelum ini, saya merupakan salah seorang yang mengundi calon Pro-Mahasiswa yang telah memenangi kerusi MPMUM pada sesi kali ini. Saya mengundi mereka dengan harapan mereka akan membawa perubahan yang besar dalam Universiti Malaya ini.

Namun, sehingga kini, setelah mereka memenangi kerusi MPMUM hampir 3 bulan, saya merasakan mereka tidak melakukan apa-apa untuk menjaga kebajikan kami di peringkat mahasiswa.

Apa yang saya dapati, mereka lebih sibuk melakukan program bersama mahasiswa Indonesia yang saya kira tidak membawa apa-apa manfaat pun kepada kami di peringkat mahasiswa Universiti Malaya. Ibarat kera dihutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

Sehingga kini, rintihan kami mengenai isu kelewatan bas, kecurian di kolej dan harga yuran yang mahal seolah dipandang sepi oleh MPMUM. Walhal, kamilah dahulu yang bertungkus lumus berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangkan mereka pada pilihan raya lepas.

Saya dapati ia tiada beza dengan MPMUM sesi-sesi yang lepas. Malahan saya kira MPMUM sesi kali ini lebih teruk. Jadi tidak hairanlah ramai mahasiswa kini yang tidak berminat lagi dengan politik kampus disebabkan perkara ini.

ADS