Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Baru-baru ini, Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin tidak berhenti-henti mengkritik Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Tindakannya itu telah meriuh-rendahkan senario politik di Sabah, dan juga menjadi bahan ketawa orang ramai. Namun, sebagai ahli LDP, perasaan saya adalah kecewa dan pahit.

Sebagai ahli parti LDP selama 12 tahun, apa yang membanggakan saya adalah peristiwa Tan Sri Chong Kah Kiat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pelancongan dan presiden Parti, akibat tidak berpuas hati terhadap Ketua Menteri. Keberanian beliau yang meletakkan jawatan menjadikan LDP sebuah parti yang bermaruah.

Seperti apa yang kita tahu, mudah bagi seseorang yang tidak punya apa-apa jawatan untuk mengundurkan diri dari mana-mana bidang. Ini kerana seseorang itu tiada apa-apa yang tidak boleh dilepaskan; tetapi bagi seseorang yang mempunyai kuasa dan jawatan tinggi seperti Chong, keberanian yang besar adalah diperlukan bagi beliau membuat keputusan meletakkan jawatan.

Saya begitu mengkagumi Chong kerana beliau tidak pernah melibatkan parti LDP ke dalam pertengkaran antara beliau sesama Ketua Menteri.

Bagi menjaga perhubungan baik antara LDP dengan Ketua Menteri, beliau meletakkan semua jawatannya sebelum membawa kes-kes seperti isu Patung Mazu ke mahkamah, bagi mengelakkan berlakunya percanggahan antara dua-dua pihak.

Namun pada hari ini, Datuk Chin bukan saja melibatkan LDP dalam konflik antara beliau dengan Ketua Menteri, tetapi juga menggunakan LDP sebagai senjata  untuk menyerang Ketua Menteri.

Beliau juga cuba menghasut pemimpin-peminpin dan ahli-ahli parti menyertai barisan beliau. Saya kecewa dengan perbuatan Chin yang begitu tidak bermoral dan tidak bertanggung jawab.

Hakikat bahawa Chin sebagai seorang penyokong hardcore Datuk Seri Shafie Apdal, bukan rahsia di negeri Sabah. Beliau sanggup buat apa saja bagi membalas budi Shafie termasuk menentang Ketua Menteri.

Namun, perbuatan ini telah mengakibatkan LDP terpaksa "membayar kosnyal", iaitu seperti kehilangan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan jawatan pengerusi-pengerusi di institusi kerajaan negeri.

Ini adalah perlakuan yang tidak bertanggung jawab dan pentingkan diri, kita perlulah sedar bahawa LDP tidak dimiliki Chin. Bahkan tidak patut bagi belia menggunakan parti itu sebagai alat senjata kegunaan sendiri untuk mencapai agenda sendiri.

Pada pilihan raya umum ke-12 2008, Parti LDP menang di semua kerusi yang bertanding iaitu 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN.

Sudah tentu dan tidak dapat dinafikan bahawa parti LDP lebih popular dan dapat lebih banyak sokong daripada rakyat, berbanding dengan sesetengah parti dari semenanjung yang hanya tahu lobi ahli DUN menyertai parti tersebut.

Masa depan LDP masih cerah dan masih ada banyak misi yang kita perlu hadapi, kita tidak patut membazir masa di atas agenda individu.

Ppilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa, saya menasihat Chin berhenti menganiaya LDP, tetapi mengutamakan kepentingan parti di depan kepentingan diri sendiri. Ini supaya LDP dapat bertanding lebih banyak kerusi dan menang dengan 100 peratus seperti apa yang dicapai pada PRU ke-12.

Jika Chin masih mahu bertengkar dengan Ketua Menteri, saya bercadang beliau agar meletakkan jawatannya sebagai timbalan presiden parti, seperti apa yang dibuat oleh Chong, bagi mengelakkan LDP turut "merasai rasa pedas" akibat perlakuannya yang pentingkan diri itu.


Penulis adalah ahli LDP

ADS