Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kami bekerja di sebuah sektor industri di negeri Melaka. Tempat kerja kami ialah sebuah syarikat semiconductor yang terkenal di dunia. Mereka melabur berjuta-juta dolar Euro di negara ini tetapi apa yang tidak memuaskan hati kami ialah beberapa isu yang menurut perkiraan kami tidak dilayan dengan adil oleh pihak syarikat.

Kami telah mengadu hal ini kepada pihak Jabatan Buruh tetapi hampa kerana mereka hanya berdiam diri akan isu-isu ini.

Oleh itu ingin kami luahkan isu-isu keruangan ini untuk mendapat pembelaan pihak-pihak tertentu.   

Antara isu itu ialah berkenaan ialah semasa Hari Raya Puasa - sesiapa yang bekerja pada perayaan tersebut akan diberi gaji overtime atau elaun perayaan serta diberi insentif yang berlebih-lebihan.

Pihak syarikat cakap sebagai duit raya tetapi apa yang menjadi persoalan kami kenapa perayaan-perayaan lain tidak diberi insentif atau duit raya tersebut. Ini seolah -olah pihak majikan tidak  mengamalkan prinsip 1Malaysia seperti dilaungkan oleh perdana menteri kita sedangkan perayaan-perayaan lain tersebut juga perayaan nasional yang diiktiraf oleh kerajaan.

Kami telah membawa isu ini kepada Jabatan Buruh tetapi hampa isu ini tidak dilayan.

Isu lain yang ingin kami ketengahkan ialah berkenaan kadar kerja lebih masa pada hari Ahad. Dulu kadar kerja lebih masa pada hari Ahad ialah 2 kali gaji pokok tetapi akibat kegawatan ekonomi kadar kerja kerja lebih masa tersebut telah diturunkan kepada 1 sahaja iaitu sama seperti hari biasa .

Kami menerima itu dengan hati yang rela dalam pasrah. tetapi setelah ekonomi pulih kenapa kadar kerja lebih masa tersebut tidak dikembalikan semula? Kami seolah-olah merasakan syarikat ini telah mempermainkan kami sedangkan sektor-sektor industri lain di seluruh Malaysia kekal membayar pasa kadar dua kali ganda.

Syarikat itu merupakan pelabur terpenting di negeri Melaka seta melabur bejuta-juta Euro di Malaysia tetapi hanya membayar kadar biasa pada hari kelepasan atau hari rehat pada Ahad.

Isu lain yang ingin kami ketengahkan ialah gaji kami  sudah tiga tahun tidak dinaikkan sedangkan keuntungan syarikat sudah berlipat-lipat ganda. Ada pekerja sudah 16 tahun bekerja mengabdikan diri di syarikat ini tapi gajinya berkisar RM800 hingga RM900 - jumlah  kecil gaji bagi kami.

Semoga keluhan serta rintihan kami ini mendapat simpati pihak-pihak tertentu juga pihak syarikat yang terbabit di Melaka itu.

                                                                                                                                           

ADS