Paling Popular
Terkini

Pandangan aku terhadap seorang sahabat yang aku kenal enam tahun iaitu saudara Choo Chon Kai, seorang yang mengancam ketenteraan awam dan ditahan bawah Ordinan Darurat

Aku kenal Choo Chon Kai sejak tahun 2005 apabila aku memasuk Universiti Saians Malaysia (USM). Aku kagum Chon Kai kerana cara hidup dan pilihan untuk kehidupan dia.

Dia telah memilih satu jalan yang jarang orang akan memilih. Dia bekerja dengan dengan pertubuhan masyarakat sivil iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang memperjuangkan untuk hak asasi dan demokrasi.  

Dia bersama dan membantu rakyat-rakyat yang hak mereka dirampas seperti golongan pekerja, pelarian dari Acheh dan negara lain, mengumpul sejarah-sejarah pilihan raya kerajaan tempatan dan sebagainya.  

Sebelum terlibat dalam Suaram, dia pernah dituduh bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) bersama presiden Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) kerana dia mengeluarkan kenyataan akhbar selaku setiausaha agung PBT untuk mengkritik pihak universiti yang mengambil tindakan tatatertib terhadap pasukan debat.

Dia bersama mahasiswa yang diambil tindakan tatatertib yang tidak munasabah iaitu gantung satu semester.

Selepas lima tahun bekerja di Suaram, dia mula pekerjaan yang tidak tetap untuk meluangkan lebih banyak masa untuk bersama rakyat terutamanya golongan miskin.

Dia bersama dengan beberapa sahabat telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Pekerja Tanjung untuk membekalkan bantuan kepada golongan pekerja, mengedarkan risalah-risalah kesedaran hak pekerja dan sebagainya.

Dari dulu sehingga kini, dia masih sentiasa membawa motor, melintas jambatan Pulau Pinang ke Kulim untuk melawat pekerja perladangan yang diusir secara paksaan, bersama mereka untuk mendapat pampasan yang munasabah. Dia juga terlibat dengan komuniti-komuniti lain tentang masalah mereka masing-masing.

Entah bila, Chon Kai mula bekerja sebagai pembantu separuh masa kepada ahli parlimen Sungai Siput iaitu Dr Michael Jayakumar Devaraj. Tetapi kerja-kerja perjuangan rakyat di Pulau Pinang masih diteruskan.

Oleh itu, dia akan pergi pulang antara Pulau Pinang dan Sungai Siput untuk bersama dan berkhidmat rakyat setiap minggu.

Dia juga seorang artis berjiwa rakyat, dia bersajak, menyanyi, menulis lirik lagu, isu-isu semasa, serta komen-komen wayang demi masalah-masalah dan penyelesaian untuk rakyat. Aku ingin berkongsi sebuah lirik lagu yang ditulis oleh dia berdasarkan lagi perjuangan Korea Selatan.

Peluh yang kita taburkan

Diperas oleh yang kaya

Pembangunan kita usaha

Dicuri oleh yang tamak

Pekerja sedunia bersatu

Menentang Penindasan

Bangkitlah kaum tertindas

Bersama kita melawan

Demi dunia yang adil

Kita sudi korban

Demi perjuangan akhir

Kita laungkan

Rakyat pasti berkuasa

Memimpin perubahan

Pembebasan sebenar

Untuk semua!

Bagi aku, Saudara Choo Chon Kai, seseorang yang aku kenal selama enam tahun. Dia ialah seorang yang sentiasa bersama rakyat lintas etnik, agama, gender, sempadan negara untuk berjuang masyarakat dan kehidupan yang lebih baik. Bagi dia, setiap orang adalah manusia, yang miskin kita perlu tolong.

Itulah Choo Chon Kai yang aku kenal. Dia telah dituduh mengancam ketenteraman awam negara dan ditahan dibawah Ordinan Darurat. Ini adalah akta yang zalim, akta yang memberi kuasa kepada kerajaan, menahan seseorang tanpa bicara.

Kerajaan kini sudah takut menggunakan ISA terhadap aktivis politik kerana ia nampak jelas sekali kerajaan mengguna akta zalim untuk mengukuhkan kuasa.

Itulah hasil kempen rakyat untuk membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak diluluskan dalam Parlimen. Rakyat telah mencipta satu impak besar pada tahun 2009, iaitu berpuluh-puluh ribu rakyat turun ke jalan raya untuk tuntutan memansuhkan ISA.

 

ADS