Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kami warga Brickfields bangga apabila kawasan ini dijadikan Little India seperti yang diilhamkan oleh perdana menteri kita Datuk Seri Najib Razak dan disempurnakan oleh Datuk M Saravanan.

Tapi selepas Deepavali tahun lepas jalan sehala ditukar menjadi dua hala yang menyebabkan kesesakan dan kemalangan. Kemudiannya kerajaan mengambil pendekatan menjadikannya sehala balik. Terima kasih.

Bagaimanapun masih ada masalah lain apabila lencongan masuk dari arah Bangsar pernah ada tulisan bahasa Tamil. Malangnya pada malam sehari sebelum Deepavali, tulisan itu terjatuh. Laporan telah dibuat.

Menteri dan timbalan menteri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menggunakan jalan itu. Tetapi sayangnya sudah lima bulan tiada tanda-tanda papan tanda itu akan dibuat balik.

Apakah mereka tidak nampak atau mereka tak pentingkan perkara ini? Bagi kami warga Little India ini ia perkara penting.

Sebagai anak Malaysia kami bangga dengan bahasa kebangsaan, sebagai masyarakat India, kami juga perlukan bahasa Tamil.

Kini di lapangan terbang pun bahasa Tamil telah digunakan. Takkan Little india tak perlu? Kami minta pihak kerajaan cepat arahkan pihak yang bertanggungjawab untuk lakukan kerja pemasangan papan tanda itu. Kami perlu perubahan.

ADS