Merujuk kepada tajuk berita (Malaysiakini edisi Bahasa Malaysia) dan tajuk berita versi bahasa Inggeris yang sama, dukacita (kami) memaklumkan bahawa penulisan tuan "pergelutan di SPRM" seperti yang digambarkan adalah tidak berlaku.
Untuk makluman tuan pejabat SPRM Kuching Sarawak adalah terletak di tingkat 12, Bangunan Sultan Iskandar. Bangunan ini juga menempatkan pelbagai jabatan lain. Kami berkongsi ruang lobi dan perkhidmatan lif yang sama.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa "pegawai keselamatan" yang dimaksudkan adalah bukan pegawai dan kakitangan SPRM.
Sehubungan itu, pihak kami ingin menegaskan SPRM sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk berurusan dengan pihak kami (without fear or favour) terutama untuk mengemukakan maklumat atau aduan berkaitan sesuatu perlakuan rasuah.
Adalah diharapkan berita ini dapat dijelaskan sebaiknya agar ianya boleh membantu meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap usaha bersama dalam kita mencegah perlakuan dan amalan rasuah.
Penulis merupakan ketua unit komunikasi korporat SPRM.
