Isu Irshad Manji boleh disebut sebagai biadap terhadap Islam bagi pandangan segelintir mereka yang merasakan dirinya terbaik atau yang tidak menerima pendapat individu lain.
Ini disebabkan pengaruh atau didikan yang diterima bergantung kepada kelompok yang mengamalkan sikap tersebut. Pendapat saya, isu ini bukanlah baru dikalangan umat Islam.
Malah, selepas kejatuhan tamadun Islam lagi, isu seumpamanya wujud hingga sekarang. Secara ringkasnya, hanya segelintir yang menolak isu seumpama ini sehingga menjadikan kegemilangan tamadun Islam hanya dalam sejarah kemashuranya sahaja.
Sedangkan jika diamati, jika terdapatnya kebenaran atau kemuliaan terhadap golongan mereka, tidaklah Islam ditindas diseluruh dunia.
Irshad Manji lebih memberi penekanan terhadap ajaran ayat suci al-Quran. Beliau menolak Hadis dan undang-undang syariah - pandangan yang sama sekali tidak diterima dalam negara ini.
Negara kita meletakkan al-Quran, Hadis dan ulama sebagai rujukan yang mungkin tidak diamalkan di negara lain.
Walaupun tersedia undang-undang berkaitan denganya, amatlah tidak wajar jika sesuatu pendapat mana-mana individu itu dikenakan tindakan sepertimana telah banyak berlaku.
Dengan sekatan dikenakan maka, terkuburlah segala impian untuk menjadikan agama Islam kembali puncak kegemilanganya.
Percayalah bahawa sesuatu perkara yang ingin disampaikan walau pahit ditelan, ia mungkin mempunyai nikmat di sebaliknya.
Jika ia tidak didedahkan atau tidak mendapat perhatian, besar kemungkinan sesuatu perkara seperti malapetaka mungkin berlaku.
Walaupun isu Manji boleh dikatakan keterlaluan bagi pendapat mereka, sebenarnya pendapat mereka itulah berdasarkan dirinya. Dan mereka merasakan individu lain sama sepertinya.
Contohnya, pemberontakkan mungkin berlaku jika pendapat mereka diketepikan. Seterusnya mereka berpendapat Malaysiakini tidak releven, sedangkan portal itu telah banyak menyalurkan berita sehingga mereka sedar kewujudan Manji.
Namun, mereka tidak mampu berfikir sepertimana Al-Quran menyebut.
Diharapkan Malaysiakini , para wartawan dan warga kerjanya dapat bekerjasama untuk terus kukuh menyiarkan sebarang berita demi kepentingan semua.
Semoga isu Irshad Manji tidak menjadi penghalang atas desakkan golongan tertentu yang sentiasa menunggu masa riwayatnya.
