Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Tindakan menangkap dan mendakwa Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR adalah tindakan drastik pemerintah yang bertujuan untuk menutup mulut dan pendedahan yang telah dibuat oleh beliau khususnya berkaitan skandal NFC dan skandal LRT George Kent.

Terbukti daripada tindakan tersebut memberikan satu persepsi baru di kalangan rakyat bahawa wujud segala salah guna kuasa dan penyelewengan dana rakyat sehingga pemerintah yang didalangi oleh pimpinan Umno/BN terpaksa mengambil tindakan tersebut.

Jingga 13 menyelar tindakan menangkap dan mendakwa Rafizi Ramli dan Johari Osman yang didakwa bawah Seksyen 97, Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) sebagai tindakan yang bertujuan untuk menutup pekung dan kebenaran.

Malah ternyata bersifat tindakan desperado politik Umno/BN yang begitu ketakutan terhadap siri pendedahan skandal penyelewengan pimpinan Umno/BN.

Ternyata segala pendedahan dan pembongkaran isu skandal NFC dan skandal LRT oleh Rafizi benar-benar diyakini oleh rakyat apabila suami Datuk Seri Shahrizat Jalil, ketua Wanita Umno telah diheret muka pengadilan.

Dan ini menjadi dendam kesumat yang turut didalangi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap tindakan salah guna kuasa dan campur tangan beliau dalam memberikan kontrak sambungan LRT Ampang yang diumumkan diperoleh konsortium diketuai George Kent (Malaysia) Bhd, sebuah syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan membuat LRT.

JINGGA 13 yakin rakyat semakin bijak dan mampu menilai dengan relevan terhadap apa yang berlaku.

JINGGA 13 akan terus berdiri teguh bersama-sama Rafizi dan memberikan sokongan khusus dalam usaha beliau dan Pakatan Rakyat terus mendedahkan segala penyelewengan, rasuah dan kebejatan yang dilakukan oleh pimpinan Umno yang terus mengkhianati amanah rakyat.


FARIZ MUSA ketua penyelaras JINGGA 13.

ADS