Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Syaitan bukan nama makhluk, tetapi nama perangai yang melekat pada makhluk.

Imam Tabari mendenisikan syaitan sebagai "setiap yang jahat dari kalangan jin, manusia, binatang dan sebagainya".

Iblis adalah makhluk. Sudah pasti ia adalah syaitan, kerana tidak ada kejahatan tanpa iblis. Iblis dan kejahatan umpama kentut dengan tahi.

Kita tidak boleh menolong syaitan, kerana menolong syaitan bererti menolong membuat kejahatan.

Contohnya kita tidak boleh tolong pencuri dengan membawa tangga untuk membantu pencuri panjat rumah untuk mencuri.

Namun begitu, tidak salah kita ditolong oleh syaitan, kerana tidak mustahil syaitan boleh menolong orang buat baik. Contohnya seperti kita nak pergi masjid dan motor kita rosak.

Tiba-tiba ada seorang budak dadah yang lalu menawarkan bantuan untuk membaiki motor kita secara percuma. Tindakan budak dadah itu memudahkan untuk kita ke masjid.

Ia sama seperti kita hendak pergi ke Kelantan ikut jalan Grik. Sesampainya di Grik, kita dapati sesak panjang ekoran sebatang pokok tumbang menutup laluan jalan.

Untuk mengangkat pokok yang tumbang itu, kita tidak boleh menghalang orang-orang jahat yang nak tolong sama mengangkat kayu yang tumbang tersebut.

Jika dihalang juga, maka itu satu kebodohan tahap luar biasa.

Yang paling penting, seharusnya kita berfikir untuk tidak menjadi syaitan dan tidak membantu syaitan.

Yang paling bijak, macam mana kita nak manfaatkan syaitan untuk memberi kemenangan kepada Islam.


WAN JI WAN HUSSIN pendakwah bebas, penulis blog dan pencinta pemikiran al-Syatibi.

ADS